“Hari Malaysia” Bukan Sekadar Cuti Umum

"Hari Malaysia" Bukan Sekadar Cuti Umum 1

Jika “Hari Merdeka” ialah tarikh berkuatkuasanya Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957.

Maka “Hari Malaysia” pula merujuk kepada tarikh berkuatkuasanya “Agreement relating to Malaysia” ataupun Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). Perjanjian ini ditandatangani pada 9 Julai 1963 di London oleh 5 wakil, iaitu United Kingdom & Northern Ireland, Malaya, North Borneo, Sarawak & Singapore.

“Hari Malaysia” pada awalnya jatuh pada 31 Ogos 1963 sebagaimana yang terkandung di dalam Artikel 2 MA63.

Namun, sebaik sahaja MA63 ditandatangi pada 9 Julai 1963, ianya telah mencetuskan ketegangan di antara Malaya, Filipina & Indonesia.

Hal ini memaksa Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu mengambil tindakan diplomasi pada waktu itu mengadakan pertemuan di Manila. Hasil daripada pertemuan itu maka termeterainya Manila Accord di antara Malaya, Filipina & Indonesia.

Di dalam Perenggan 10 & 11 Manila Accord, Malaya, Filipina & Indonesia bersetuju untuk menjemput wakil United Nations untuk membuat tinjauan akhir di Borneo Utara sebelum pembentukan Malaysia. Tujuannya ialah untuk memastikan bahawa pembentukan Malaysia ialah selaras dengan UN Resolution 1541(XV) Principle IX. Kemerdekaan melalui penggabungan.

Hal ini menyebabkan tarikh “Hari Malaysia” terpaksa dipinda kepada satu tarikh bagi memberi ruang kepada pasukan United Nations menyelesaikan misi mereka di North Borneo & Sarawak.

Pada masa yang sama 8 Ogos 1963, North Borneo Legislative Council telah sebulat suara membuat keputusan bahawa North Borneo akan Merdeka dengan nama Sabah pada 31 Ogos 1963 sama ada Malaysia dibentuk ataupun tidak. (m/s 2 Sabah Annual Report 1963).

Disebabkan oleh tekanan itu, akhirnya British terpaksa memberikan status Self-Government secara *de facto* kepada Sabah pada 31 Ogos 1963. Gabenor British, Sir William Goode pada masa itu akan kekal memegang kuasa sehingga tarikh Malaysia Day ditetapkan semula.

Bagi memberi ruang kepada United Nation Final Missions menyelesaikan tugas mereka di North Borneo & Sarawak. Perjanjian Malaysia 1963 terpaksa dipinda.

Wakil British, Malaya, Sarawak dan North Borneo sekali lagi menurunkan tandatangan pada 28 Ogos 1963 di Singapura, manakala wakil Singapura menandatangani pindaan tersebut pada 11 September 1963.

Berdasarkan laporan daripada United Nations Final Mission, UN Secretary-General (U Thant) pada masa itu berpuas hati bahawa pembentukan Malaysia ialah selaras dengan UN Resolution 1541(XV) Principle IX. Malaysia tidak perlu menghantar laporan tahunan kepada United Nations seperti yang terkandung di dalam Article 73e UN Charter.

Maka dengan itu terzahirlah Malaysia pada 16 September 1963.

Hari Malaysia menjadi tarikh cuti negeri di Sabah, sehinggalah tarikh tersebut diisytiharkan sebagai cuti umum di seluruh negara pada tahun 2011. Tafsiran “Hari Malaysia” dimasukan ke dalam Perlembagaan pada 2021 melalui pindaan di Dewan Rakyat.

SUHIMI NAIN
16 September 2025
Beaufort, Sabah.

Rujukan :

  1. MA63 : https://bit.ly/Ma63Un10760
  2. IGC Report : https://bit.ly/igcReport
  3. Cobbold Commission Report 1962 : https://bit.ly/CobboldReport1962
  4. Manila Accord : https://bit.ly/ManilaAccord1963
  5. Sabah Annual Report 1963 : https://bit.ly/SabahAnnualReport1963
  6. United Nations Malaysia Report “Final Conclusion of the Secretary-General” 14 September 1963, Annex 3 : https://bit.ly/UNMalaysiaReport1963
  7. United Nations Malaysia Report(FULL) https://bit.ly/UNMalaysiaReport1963Full
  8. UN Resolution 1541(XV) Principle IX : https://bit.ly/UNResolution1541
  9. [News Paper 26 August] Aug. 31 for Sarawak and Sabah self-rule : https://bit.ly/SabahSelfRule
  10. [News Paper 4 Sept] Stepping-stone to Independence – Donald Stephen : https://bit.ly/sabahBelumMerdeka
  11. Pindaan Perlembagaan 2021 : https://bit.ly/pindaan2021

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.