Seronok Membaca E-book Di Playstore

Membaca ialah aktiviti yang menyeronokkan. Jika anda rasa hidup anda statik dan membosankan, membacalah. tubuh anda mungkin ada di dunia nyata, tapi fikiran dan hati anda boleh terbang ke mana saja. Itulah apa yang saya rasa pada masa ini, saya menulis untuk berkongsi perasaan yang sama dengan anda.

Bagaimana saya menemui semula seronoknya membaca?

seronoknya membaca
Photo by saba Ardani on Unsplash

Saya menemui tulisan-tulisan yang saya fikir berguna untuk saya dan saya mula membacanya. dari satu baris, menjadi satu rangkap, dari satu rangkap menjad satu helaian, dari satu helaian menjadi satu bab seterusnya.

Kalau sebelum ini untuk membaca kita selalu akan dikaitkan dengan buku. itu dulu. sekarang buku tidak semestinya sesuatu yang bercetak. di Playstore ada ribuan buku yang menarik untuk anda teroka. Pada awalnya saya bertanya kepada kembar saya di manakah saya boleh mendapatkan kitab hadis Riyadhus Solihin untuk dijadikan rujukan. ada juga versi PDF di online, tapi saya kurang yakin untuk merujuknya.

Kemudian, kembar saya memberikan saya pautan E-Book Riyadhus Solihin di Google Playbook.

Disitu ada semua maklumat penerbit dan yang siapakah penulis atau penterjemahnya. Bukan itu sahaja, pembaca-pembaca terdahulu pun ada meninggalkan review mereka.

Disitulah saya sedar semula, rupanya membaca ebook berbanding buku bercetak adakalanya lebih menyeronokan.

Sebelum ini saya pernah menulis kelebihan membaca e-book di media sosial saya, namun kali ini saya tuliskan di sini untuk perkongsian bersama.

a) E-book boleh di baca di mana saja, ianya mesra peranti. boleh diakses di komputer, tablet dan smartphone. Anda juga boleh membaca ebook dalam gelap. sama seperti skroll media sosial. Tidak perlu lagi bertemankan lampu, lebih-lebih apabila anda ingin membaca sebelum tidur. silau? dark mode kan ada.

b) E-book ada fungsi carian, kita boleh mencari perkataan yang kita perlukan dengan mudah. Kita juga boleh menanda sebanyak mana yang kita suka dan merujuknya kembali pada bila-bila masa.

c) E-book juga lebih murah berbanding buku biasa, mudah disimpan dan mudah untuk bawa ke mana saja. Bukan itu sahaja, kita tidak perlu lagi menunggu buku itu sampai dan ragu-ragu untuk membeleknya. Kita boleh dapatkan free sample dan mula membacanya.

Kalau anda rasa mahu mendapatkan sesuatu pengalaman baru, mungkin bolehlah cuba untuk dapatkan e-book di Google Playstore. Mungkin ia akan jadi satu permulaan yang baik untuk anda. Ada pelbagai judul dan genre untuk diteroka.

2 thoughts on “Seronok Membaca E-book Di Playstore”

    1. kalau buku fizikal pun bagus juga, boleh pegang dan boleh dipinjam. buku digital pula bersifat peribadi sikit sebab tidak boleh dikongsi atau dipinjamkan. nanti melanggar hak cipta.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.