Tips Menulis Ebook Percuma Untuk Blogger (Part 1)

Di Malaysia, menulis Ebook ialah sesuatu yang popular dalam kalangan internet markter, sebaliknya dalam kalangan blogger. Saya pun tidak pasti sama ada blogger tidak nampak potensi dan  kelebihan menulis ebook atau tidak tahu cara atau tips menulis Ebook dengan betul? Saya antara blogger yang sudah lama berminat untuk menulis ebook sendiri, berikut saya kongsikan sedikit tips hasil pembacaan dan pemerhatian.

Tips Menulis Ebook

tips menulis ebook percuma untuk blogger
Ebook tak keluar lagi, tips keluar dulu. Hehe

Apa itu Ebook?

Ebook ialah buku digital adalah versi elektronik dari buku. Jika buku terdiri dari gabungan kertas yang mengandungi teks atau gambar, maka ebook mengandungi maklumat digital yang juga dapat berwujud teks atau gambar dan dibaca menggunakan peranti elektronik. Format ebook boleh diterbitkan menggunakan file jenis pdf, doc dan html.

3 Sumber Idea Penulisan E-Book

1. Pengalaman – Sesuatu peristiwa atau keadaan yang pernah kita lalui. Contohnya seperti masalah dan cara untuk kita keluar dari masalah tersebut. Biasanya berasaskan pengalaman ditulis oleh yang pakar dalam sesuatu bidang. Ebook ini lebih kuat berbanding ebook kajian. Antara jenis ebook yang berkaitan dengan pengalaman ialah seperti laporan, case study dan juga travelog.

2. Kajian – Proses pengumpulan maklumat melalui carian secara online, rujukan pada buku dan manuskrip, temu bual,pemerhatian, undian dan banyak lagi. Ada yang menganggap ebook seperti ini nilai ‘sedikit kurang’ berbanding ebook pengalaman. Tetapi jika dibentangkan daripada sumber berautoriti dan keadah kajian yang tepat maka hasilkan pasti boleh mengatasi ebook pengalaman.

3. Adaptasi – Adaptasi daripada karya yang sedia ada, cuma dipersembahkan semula dalam bentuk yang lebih segar dan menarik sama ada dari segi susunan kandungan,penggunaan ayat dan juga grafik. Contohnya ialah ebook dari bahasa asing dan diterjemahkan di dalam bahasa Malaysia, melalui proses pengusunan semula dan perubahan stuktur penerbitan.

Format atau Rekabentuk E-book

Tidak seperti buku paperback, ebook tidak terikat dengan mana-mana format yang khusus. Bergantung kepada penulis untuk menentukannya sendiri. Ada yang menulis menggunakan format slide powerpoint, ada yang menulis menggunakan format word dan ada yang menggunakan html. Penggunaan bahasa untuk Ebook juga tidak terikat dengan formaliti.

Kenapa Blogger Perlu Menulis Ebook?

1. Pengukuhan Penjenamaan – Menulis ebook membantu untuk seorang blogger untuk branding. Menulis ebook menjadikan anda unik, sebagai contoh ialah En. Titan yang menulis ebook Teknik SEO Merah Jambu (Ebook berbayar). Hari ini beliau bukan sahaja terkenal sebagai seorang blogger, tetapi seorang blogger yang membuat duit dengan affiliate melalui laman blog. Walaupun ada ramai blogger lain yang turut membuat perkara yang sama seperti beliau.

2. Membina Pembaca Setia – Ebook membantu seorang blogger untuk convert seorang pengunjung biasa menjadi pembaca setia. Dengan kandungan ebook yang baik akan menarik minat untuk mengikuti perkembangan blogger tersebut dari masa ke semasa. Dalam blog bahasa Enggeris, mereka berkongsi ebook di laman-laman blog untuk menarik minat pengunjung untuk datang semula ke blog mereka. Mereka tahu bahawa pembaca akan datang dan pergi, jadi mereka akan memberikan ebook sebagai ‘tanda ingatan’ untuk pembaca.

3. Menampung Kekurangan Blog – Fleksibel pada Ebook ialah Ebook boleh dimuat turun dan dibaca di mana-mana peranti secara offline. Inilah kekurangan yang berjaya ditampung pada blog. Ebook boleh memandu trafik ke blog dengan meletakkan link-link tambah di dalam ebook.

Bagaimana Memilih Niche Ebook Yang Sesuai?

Dalam konteks blogger, adalah lebih baik sekiranya blogger menulis ebook yang berkaitan dengan niche yang sedang diusahakan atau apa yang anda sedangkan anda buat sebagai seorang blogger. Contohnya anda merupakan seorang blogger travel, maka kongsikan sebuah ebook berkaitan info-info travel atau tips-tips backpacker. Manakala untuk food blogger pula mungkin boleh menulis ebook cara-cara menulis review kedai makan. 2 niche sedang popular sekarang.

Atau rujuk kepada content yang mendapatkan capaian tertinggi di dalam blog masing-masing. Kemudian ambil sebahagian daripada content tersebut dan kembangkan. Sebagai contoh, saya dalam proses mengembangkan salah satu daripada  7 Cara Tingkatkan Trafik Blog Dengan Berkesan.  untuk diterbitkan dalam bentuk Ebook.

[alert-warning] Missing Chapter : Tips Menulis Ebook Percuma untuk Blogger (part 2)[/alert-warning]

baca juga : 7 Cara Mengatasi Masalah Kekeringan Idea Menulis

Cara Blogger Mengedarkan E-book Percuma Dengan Betul

Anda akan rugi besar juga mengedarkan ebook percuma dengan begitu sahaja. Anda melaburkan masa, tenaga dan wang berkualiti kemudian anda mengedarkan ebook tanpa mendapat sesuatu pulangan.

Dalam sesebuah blog, ada 3 cara untuk mengedarkan ebook percuma :

1. Edarkan hanya melalui E-mail. Edarkan melalui email, maksud pengunjung perlu untuk mendaftar sebagai subscriber anda terlebih dahulu, sebelum mereka boleh memuat turun ebook yang anda tulis. Ini memerlukan pengunaan email autoresponder. Hasilnya, anda boleh menghantar kemaskini blog anda pada masa mendapat melalui list yang telah disubscribe sekaligus menarik pembaca ke blog melalui pemasaran email.

2. Edarkan melalui ruangan ahli. – Ebook diedarkan melalui ruangan download yang terhad kepada ahli blog sahaja. Contoh blog yang mempraktikan teknik inilah ialah CopyBlogger, laman yang memfokuskan kepada ilmu content marketing. Teknik ini juga lebih kurang dengan pemasaran email, cuma lebih advance kerana boleh memberikan pengunjung tempat yang lebih menarik dalam blog anda. Ini sesuai untuk mereka yang berminat untuk ‘membina tribe’ dalam dunia blogging.

tips menulis ebook untuk terbit secara viral

3. Edarkan Melalui Social Pay- Ebook dibuka akses untuk download sebaik sahaja pengunjung klik like/tweet atau share terlebih dahulu sesuatu link. (kebiasaannya ruangan download). Teknik ini memerlukan plugin (bagi pengguna wordpress) ataupun skrip yang perlu di’benamkan’ ke dalam struktur blog, antara plugin yang boleh digunakan ialah seperti Social Locker for WordPress . Teknik ini sesuai sekiranya anda bertujuan untuk ‘memviral’kan ebook anda di media sosial.

Tips Kurangkan Kos Penerbitan E-book Percuma

Sediakan ruangan iklan di dalam E-book anda. Strategi ini telah dipraktikan oleh Majalah niaga, di mana ruang-ruang iklan diwujudkan di dalam Majalah yang mereka edarkan secara online. Hari ini perkongsian percuma itu bukan sahaja telah menghasilkan branding, pembaca setia tetapi telah menghasilkan pulangan kepada mereka.

Gunakan Medium Percuma – Hari ini banyak resource diberikan secara percuma, contohnya akaun trial Emelmatik untuk servis autoresponder. Simple Membership Plugin untuk keahlian. Manakala untuk perisian menulis gunakan sahaja microsoft word dan print dalam bentuk pdf.

Tips Menulis Ebook Percuma Untuk Blogger (Part 1) 1Kesimpulan

Menulis Ebook ialah sesuatu bonus bagi seseorang blogger. Penulisan Ebook lazimnya dapat menguatkan lagi asas seseorang blogger untuk berada di dalam niche yang menjadi tema blog masing-masing. Penulisan ebook membantu blogger untuk membina jenama, membina pembaca setia apatah lagi tribe.

Walaupun tips menulis ebook percuma untuk blogger ini masih belum lengkap, diharapkan ianya dapat memberikan gambaran awal untuk anda yang mungkin menyimpan hajat seperti saya. Sebagai makluman awal, tips kedua mungkin akan terbit dalam bentuk limited hanya untuk ahli blog ini sahaja. Haha…

[alert-announce]Bagi Tuan/Puan yang berminat atau sedang menulis E-book Percuma, saya offer servis Design Cover E-Book secara percuma untuk Tuan/Puan (bersyarat). Hubungi saya di facebook.com untuk maklumat lanjut.Terima Kasih! :)[/alert-announce]

panduan cara dan tips menulis ebook mudah

24 thoughts on “Tips Menulis Ebook Percuma Untuk Blogger (Part 1)”

    1. saya cadangkan tulis secara bersama kalau macam tu, satu ebook 2 orang. mrhanafi ada bakat, tulis pendek-pendek dulu. dah siap, himpun dan compile. 🙂

  1. Setakat ini saya pernah menulis 2 ebook untuk diberikan secara Percuma kepada pembaca blog saya…. Teringin nak tulis ebook lagi, tapi sayangnya masa tidak mengizinkan… huhuhu

  2. Cita-cita asal memang nak menulis buku, tapi bila nak start menulis terus takde idea. Idea hanya datang ketika mengantuk dalam kelas dan berlalu pergi masa nak menulis. Dah banyak kali buat blog pastu padam balik sebab takde niche yang statik.

  3. sejak mula2 menceburkan diri dlm dunia perniagaan internet online, teringin nak buat ebook tapi masih belum terlaksana cita-cita tu sehingga sekarang…

    baca entri ni insyaAllah mcm ada semangat semula. terima kasih bro

  4. Salam.
    Nak tanya macam mana kalau nak dapatkan hak cipta ebook kita?
    Risau kalau ada yang amik ebook yang kita penat-penat tulis lepas tu dia jual tanpa kebenaran kita.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.