Ilmu Berfikir? Ferry Irwandi & Stoik

ilmu berfikir ferry irwandi

melihat Ferry Irwandi, membuatkan saya ingin tahu. Apa sebenarnya rahsia sosok ini untuk terus tenang & tidak mudah digoncang?

rupanya bertahun lalu, sebelum & selepas covid, beliau pernah berkongsikan ilmu di dalam podcastnya di Youtube.

“kita perlukan ilmu untuk berfikir.”

Kita selalu diajar ilmu untuk berzikir, namun saya kurang pasti tentang ilmu untuk berfikir. adakah?

kita selalu diajar untuk hanya ikut dan menurut sahaja. jika buat itu, maka ini dan ini akibatnya. Itu ialah hasil akhir. tapi bagaimana teknik untuk mengawal dan mengendalikan fikiran sepertinya tidak pernah diajarkan di bangku sekolah.

bagi yang terpilih beruntunglah merasai kem motivasi dan refleksi. kemudian diberikan kata-kata hikmah & petikan ayat Quran dan sebagainya sebagai azimat di dalam dada.

tapi bersoalan yang paling besar ialah.. bagaimana? pelan dan tindakan tidak dijelaskan. yang ditekankan hanyalah kena ada disiplin, jadual tapi apa asasnya semua ini?

biasanya ahli motivasi pula hanya berkongsikan tips & teknik tertentu, kerangkanya dari mana? tidak dikongsikan.

mungkin kerana terlalu berat untuk pelajar kita? entah lah. mungkin juga berfikir itu alat yang berbahaya, untuk siapa? sistem?

agama memang menjadi asas. tapi kita perlu memikirkan cara yang terbaik untuk menterjemahkannya dalam hidup kita.

Mungkin kerana itu jugalah lahirnya teknik “garfu tala dengan ayat-ayat al-Qur’an.” kerana mudah, main cabut-cabut & dapat jawapan macam cabut tiket bertuah.

kerana apa? kerana berfikir sudah jadi perkara yang susah. ya, susah kerana tidak didedahkan caranya.

bila Ferry Irwandi berkongsikan tentang Stoic (ilmu falsafah). mungkin ini perkara menarik untuk diteroka.

belajar tentang falsafah bukanlah bermaksud kita perlu menerima keseluruhan ilmu falsafah.

sebagaimana sebagai ilmu sains itu tidak boleh mengatasi ilmu wahyu, maka sepatutnya struktur kepercayaan kita terhadap ilmu sebagai muslim juga sama dengan ilmu-ilmu lain. jika ada yang bertentangan, maka tertolaklah ia.

— Suhimi Nain, 6 januari 2026

1 thought on “Ilmu Berfikir? Ferry Irwandi & Stoik”

  1. Saya tertarik dengan kegelisahan yang tuan bangkitkan di sini. Kadang-kadang yang hilang dalam hidup kita bukan ilmu, tetapi ruang dan bimbingan untuk berfikir dengan tenang sebelum sesuatu itu diterima, ditolak, atau dihukum.

    Pada pandangan saya, sebab itulah seseorang boleh mengetahui banyak perkara yang baik, tetapi masih mudah gelisah, mudah keras, atau mudah keliru apabila berdepan dengan realiti hidup. Masalahnya bukan semata-mata tidak tahu, tetapi akal kita tidak selalu dibiasakan untuk menimbang sesuatu dengan jernih.

    Saya melihat penerokaan terhadap Stoikisme ini ada nilainya pada sudut tertentu, khususnya dalam soal disiplin diri dan cara mengendalikan fikiran. Namun bagi seorang Muslim, kedudukannya tetap perlu jelas. Ia boleh membantu sebagai alat untuk memahami diri, tetapi tidak boleh mengambil tempat wahyu sebagai asas.

    Mungkin benar, cabaran besar zaman ini bukan kekurangan maklumat, tetapi kekurangan kejernihan untuk memproses maklumat itu dengan tertib. Sebab itu renungan yang tuan bawakan ini terasa dekat.

    Terima kasih atas perkongsian tuan

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.