Pengalaman Membina Desktop PC Sendiri (i5-9th Gen)

Sudah lama hendak memiliki Desktop PC sendiri, membuat kerja menggunakan Laptop walau berscreen 15.6” masih membuatkan saya kurang feeeling. Mungkin kerana saya telah terbiasa menggunakan Desktop PC di tempat kerja, Isnin-Jumaat.

Baru-baru ini saya berpeluang untuk membina Desktop PC sendiri buat kali pertama. Walaupun belajar Elektronik Komputer, tapi kali pertama saya membuat pemasangan Desktop PC sendiri.

Keputusan untuk membina Desktop PC sendiri ni sebenarnya langsung tidak dirancang. Disebabkan isteri saya tak setuju saya membeli refurbished set atau set terpakai. Maka barulah idea untuk membina Desktop PC sendiri ini terbit.

Kenapa Nak Bina Desktop PC Sendiri?

Ada beberapa sebab saya memilih untuk membina Desktop PC sendiri berbanding membeli set yang telah siap, antaranya ialah :

a. Kos Jauh Lebih Murah

Kos membina PC sendiri adalah jauh lebih murah berbanding membeli Desktop PC berjenama seperti Acer, HP, Dell dan sebagainya. Sebagai contoh, untuk memiliki sebuah CPU (sahaja) dengan processor i3 generasi ke 9, RAM sebesar 4GB dan 100GB HDD ialah sekitar RM1700.

Pengalaman Membina Desktop PC Sendiri (i5-9th Gen) 1

Sedangkan dengan membina Desktop PC sendiri, saya boleh mengurangkan kos tersebut dan mendapatkan i5 generasi ke 9, RAM sebesar 8GB dan SSD berkapasiti 480GB, lengkap dengan motherboard, casing dan power supply pada harga sekitar RM1500. Memandangkan saya bukan seorang gamers, jadi saya tidak perlukan graphic card pun. Cukup sekadar boleh buat kerja, update blog, edit-edit gambar.

Tambahan pula saya telah letakkan bahawa processor yang paling rendah saya gunakan ialah i5. Kalau i3 pun RM1700 bagi desktop berjenama, agaknya berapa harga untuk i5? Huhu…

b. Fleksible Dari Segi Harga & Komponen

Nama pun custom PC. Jadi saya boleh menentukan apakah ciri yang saya inginkan pada Desktop PC saya. Jenis storage, jenis processor, ram dan sebagainya. Lagipun sudah lama saya mengidam untuk menggunakan SSD. Lebih laju!

Saya tak perlu terikat kepada mana-mana brand. Boleh pilih ikut bajet dan juga performance yang saya kehendaki. Mahu membuat penambahan kemudian pun tiada masalah.

c.Mengasah Kemahiran & Pengetahuan

Sebagai seorang yang berlatar belakangkan Elektronik Komputer, membina Desktop PC sendiri ini menjadi peluang untuk saya mengasah balik pengetahun saya tentang komponen-komponen komputer. Lama juga saya tinggalkan, tambahan pula banyak kerja dan aktiviti saya hanya membabit programming sahaja.

Membina Desktop PC sendiri, mengajak saya untuk belajar teknologi-teknologi dan komponen komputer yang terkini seperti processor, ram, motherboard, graphic card dan sebagainya.

d. Menyeronokkan

Bagi saya ianya amat menyeronokan dan mencabar, apabila saya berusaha untuk memastikan bahawa desktop PC yang saya bina ialah yang terbaik mampu saya hasilkan. Mungkin tidak di mata orang lain, tetapi bagi saya amat memuaskan. Apatah lagi kerja-kerja pemasangan dilakukan sepenuhnya oleh saya sendiri. 🙂

Ini Cara Saya Membina PC Sendiri

  1. Saya membuat carian set-set custom PC yang dijual di Lazada & Shopeee. Dapatkan list komponen yang disenaraikan oleh seller pada description dan cari secara berasingan.
  2. Dapatkan maklumat berkaitan komponen-komponen berkenaan, terutama sekali motherboard. Dapatkan driver, support dan review berkaitan komponen tersebut. Tonton video di Youtube, baca maklum balas di forum dan sebagainya. Manakala untuk processor, saya turut membuat perbandingan prestasi antara Intel dan AMD.
  3. Jumlahkan kesemua harga komponen tersebut dan mula membuat pembelian. Apa yang pasti, saya dapati harganya lebih murah berbanding Custom PC yang siap dijual.
  4. Setelah sampai kesemuanya komponen, saya membuat pemasangan berdasarkan buku manual yang disediakan. Rujuk video tutorial di Youtube dan sebagainya.

Kerja-Kerja Pemasangan Komponen

cara bina desktop pc sendiri
pasangkan processor & ram pada motherboard
cara bina desktop pc sendiri
pasangkan motherboard beserta processor dan ram pada casing
cara bina desktop pc sendiri
F Panel. part paling susah nak pasang. risau salah pasang.

Saya membeli casing armageddon tu sebab bundle dengan PSU (power supply sekali) dan bajet saya yang ‘ketat’ di RM1500. Power supply ni kabelnya pendek dan ngam-ngam je untuk sambung ke motherboard.

Jadi walaupun casing tu cantik ada ruang untuk cable management, tapi tak dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Manakala SSD tu saya letak je macam tu, sebab saya dah pasang HDD laptop (bersaiz 2.5″) saya di tempat SSD.

Kekurangan

Saya tidak mahu hanya berkongsi keseronokkan, oleh itu di sini saya juga kongsikan kekurangan apabila anda membuat membina Desktop PC sendiri.

  1. Warranty – Disebabkan pembelian dibuat secara berasingan. Maka warranty untuk custom PC ialah dikira berdasarkan komponen. Tempoh warranty mungkin berbeza antara satu sama lain dan anda tuntutan juga perlu dibuat secara berasingan.
  2. Risiko Komponen Rosak – Kemungkinan untuk komponen yang dibeli rosak juga adalah tinggi sekiranya anda tidak mempunyai pengetahuan untuk mengendalikan komponen-komponen PC.
  3. Sokongan Sendiri – Anda yang membina, maka anda jugalah yang menjadi support utama. Melainkan kerja-kerja pemasangan dibuat di kedai komputer. Boleh lah anda rujuk technician yang berkaitan.

Peringatan & Amaran

  1. Jangan sesekali membuat pemasangan sendiri sekiranya anda langsung tidak mempunyai asas teknikal berkaitan komputer. Jangan sesekali try & error, atau berkemungkinan besar duit anda akan lebur begitu saja. “Jadi tukun lah jawapnya… Huhu”
  2. Komponen-komponen CPU adalah amat sensitif, sebarang kesilapan kecil pun boleh menyebabkan kerosakan. KALAU BOLEH berikan kepada yang pakar dan berpengalaman.
  3. Pastikan anda menyimpan kesemua resit, dokumen manual dan warranty serta software berkaitan komponen yang anda beli. Hal ini memudahkan anda untuk membuat rujukan di kemudian hari.

Senarai Komponen Yang Saya Gunakan Untuk Membina Desktop PC Sendiri

Sekiranya anda memiliki bajet yang sama seperti saya, mungkin boleh la anda pertimbangkan komponen-komponen yang saya gunakan. Namun untuk motherboard, terus terang saya katakan ianya tidak memiliki HDMI port. Memandangkan saya bukannya seorang kaki gaming, jadi tiada graphic card di dalam senarai ini.

BilKomponenHarga
1. GIGABYTE H310M S2 R2.0 Ultra Durable motherboardRM220.00
2.Intel Core I5-9400 LGA1151 PROCESSOR (6 Cores, UP TO 4.10 GHZ) I5 9400 RM768.00
3.Armaggeddon Infineon 1000+ Micro ATx Case with PSU & Cooling FanRM129.00
4.Kingston HyperX FURY 8GBDDR4 2400mhz RM149.00
5. Kingston 480GB A400 SSDRM209.00
JUMLAHRM1475

*Harga komponen-komponen di atas sentiasa berubah-ubah.

Sekiranya anda tanya saya, apa cadangan untuk memperbaiki set ini?

1. Gunakan power supply yang menggunakan sleeve cable atau beli sahaja cable PSU Power Supply Extension Cable.

2. Tukar motherboard kepada Asrock H310CM-HDV DDR4 Intel LGA1151 MATX Motherboard. Harga lebih kurang je, tapi ada HDMI port.

akhir sekali, perkongsian ini sebenarnya kurang lengkap kerana tidak disertakan pemasangan OS, kos keyboard, monitor & mouse. Walau bagaimapaun diharapkan perkongsian ini serba sedikit dapat membantu anda untuk membina desktop pc sendiri.

Sekian, Jumpa lagi! 🙂

4 thoughts on “Pengalaman Membina Desktop PC Sendiri (i5-9th Gen)”

  1. Asalamualaikum tuan saya.. Nak cuba custom pc sendiri…. Tapi knowledge bertabur hanya berpandu kan pada Google & youtobe.. Persoalannya…apekah ram.,processor.,motherboard, psu, Dan sebagainya Dan barang lain diperlukan untuk building.. Lebih laju… Supaya boleh support monitor 49 length x batasan.. 🙏

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.