Kalau ikutkan hati, mahu saja saya tunggu Realme 5 Pro masuk ke Malaysia. Tapi memandang smartphone saya dah nazak, screen dah pecah teruk. Akhirnya saya terpaksa angkat Realme 3 Pro ni dulu. 🙂
Saya buat keputusan nak beli Realme 3 Pro ni makan masa berminggu juga, yelah kita beli smartphone nak pakai lama. Bukan sebulan dua pakai.. Kalau boleh, 2 tahun hingga 3 tahun tu dah kira cun dah. 🙂
Serba Sedikit Tentang Realme 3 Pro
Realme 3 Pro ialah salah satu smartphone keluaran Realme, subbrand kepada Oppo. Realme 3 Pro terdapat dalam 3 warna iaitu Carbon Grey, Lightning Purple dan Nitro Blue. Dipasarkan dalam 2 variant, iait 4GB RAM / 64GB ROM dan 6GB RAM / 128GB Rom. Dilancarkan pada April 2019 dan mula dijual pada Mei 2019.
Realme 3 Pro dioperasikan oleh Android Pie 9.0 dengan antaramuka ColorOS 6 dari Oppo. Dikhabarkan akan menerima kemaskini kepada Android 10.
baca juga : tips membeli smartphone murah agar tak menyesal
Kenapa Realme 3 Pro dan Bukannya Redmi Note 7 Pro?
Saya dah guna Xiaomi Redmi Note 3 Pro SE, dari segi performance, kapasiti bateri dan kegunaan memang tip top! Tiada keraguan! Tapi bila keluar Redmi Note 7 Pro ia nyata membuat saya kecewa. Ada beberapa ciri yang saya harapkan diperbaiki dari siri Redmi Note masih tidak diperbaiki di Redmi Note 7 Pro.
Berikut anda sebab saya memilih Realme 3 Pro dan bukannya Redmi Note 7 Pro.
1. Kamera
Realme 3 Pro (RM3Pro) memiliki kelebihan untuk menangkap gambar dalam kondisi low light. Aperture lensa f/1.7 pada realme berbanding redmi note yang hanya memiliki f/1.8 membuat Realme 3 Pro boleh menerima lebih banyak cahaya.
Bukan itu sahaja kualiti gambar dan video Realme 3 Pro adalah details dari Redmi Note 7 Pro (walaupun perbezaan ini amat kecil).
Sama-sama berkemampuan merakam sehingga resolusi 4K dan memiliki gyro-EIS (Electronic Images Stabilization) bagi rakaman video. Bagaimanapaun Gyro EIS hanya berfungsi pada 1080p 30fps. Realme 3 Pro memiliki sedikit kelebihan iaitu super slow motion 960fps pada HD Quality.
2. Dedicated Memory Card
Antara yang paling saya harapkan muncul di Redmi Note 7 Pro, malangnya masih tidak disertakan oleh Xiaomi. Sebaliknya hanya ada simcard hybrid.
Dengan dedicated memory card slot pada Realme 3 Pro, saya tidak perlu lagi mengorbankan satu slot sim card saya semata-mata untuk menggunakan SD card. Kini saya boleh menggunakan 2 sim card dan memory card secara serentak!
Jujurnya ia amat memudahkan kerana saya boleh mengasingkan data internet dan panggilan dengan 2 sim card berasingan. Jika tidak pun, sim slot kedua boleh saya gunakan sebagai sim card backup sekiranya sim card utama menghadapi masalah coverage dan sebagainya.
“Why Xiaomi???” Huhu…
3. Bateri Tahan Lama
Kapasiti bateri 4045 mAh yang ada pada Realme 3 Pro cukup untuk penggunaan selama seharian dengan sekali pengecasan. Sekiranya untuk penggunaan ringan, tak mustahil ianya boleh menjangkau lebih dari sehari. Digabung dengan fast chargin sehingga 20W, menjadikan bateri bersaiz besar bukan suatu masalah.
4. Fast Charging
Realme 3 Pro dikuasakan dengan VOOC 3.0, dengan pengecasan 30 minit sahaja sudah cukup mengisi 50% daripada kapasiti bateri. Menurut Oppo ianya 20% lebih pantas dari VOOC Flash Charge generasi pertama. Sejauh mana kebenarannya, saya pun kurang pasti. Namun, pengecasan pantas itu benar-benar berkesan bagi saya. Tak sedar saja, bateri sudah 100% penuh!
Ohya, VOOC 3.0 di juga ada pada Oppo F11 tau!
5. Free casing + Screen Protecter
Realme 3 Pro disertakan dengan aksesori seperti free casing dan screen protector (tersedia dipasang). Jadi, tidak perlu lah saya memikirkan untuk mendapatkan casing dan screen protector untuk sementara waktu. Jimat berpuluh ringgit di situ!
Sewaktu saya menulis artikel ini, suda 3 kali smartphone saya jatuh! Mujurlah ada free casing tu, kalau tak memang haru juga la jadinya. Dah la baru pakai seminggu. Huhu…
6. Processor?
Yang ni saya tak nak komen banyak la, cumanya ianya dikuasakan oleh Qualcomm Snapdragon 710. Disebabkan saya bukan kaki gaming, jadi saya pun tak boleh komen bab ni. Cuma rata-rata review di Youtube mengatakan superb la juga bagi smartphone mid range! Hehe…
Kekurangan Realme 3 Pro.
meskipun ada kelebihan, namun ada beberapa kekurangan juga yang saya kira ada pada smartphone Xiaomi dan tiada pada Realme 3 Pro. Antaranya :
- Tiada LED notification.
- Masih menggunakan micro USB. Walau bagaimanapun masih lagi boleh dimaafkan kerana disokong dengan VOOC 3.0 Flash Charge.
- Tiada kamera sudut lebar, hanya kamera biasa untuk effect bokeh.
Kekurangan-kekurangan yang saya sebutkan ini, sebahagiannya telah pun diatas oleh Realme 5 Pro.
Review Tambahan Dari Wiser.My & Sobat Hape
Penutup
Sebenarnya ada banyak lagi ciri-ciri yang boleh diulas tentang Realme 3 Pro ni. Apa yang saya kongsikan di sini hanya beberapa ciri-ciri yang membuatkan saya menolak untuk terus kekal dengan model Xiaomi Redmi Note. Jadi review ini lebih kepada selera dan juga penggunaan saya. Semoga ulasan ini dapat membantu anda untuk membuat keputusan. Jumpa lagi! 🙂
PROMOSI REALME 3 PRO [ 4GB RAM + 64GB ROM ]
- RM699 (harga biasa RM799)
- Dapat 5% rebates untuk pembelian dari 19-30 Sep menggunakan Lazada Wallet
- 100% Original (Jaminan wang dikembalikan 200%).
- Boleh pulang balik dalam tempoh 15 hari (tertakluk terma & syarat Lazada).
- 1 Tahun Local Manufacturer Warranty
Berkenan jugak dengan phone Realme. Rasa macam nak beli. Tapi phone yang guna sekarang masih elok lagi. Sabar dulu lah..
ya tuan, selagi boleh guna. lagipun kalau tiada keperluan mendesak, better guna saja yang sedia ada. saya pun mulanya tak nak beli.Setakat main facebook & whatsapp boleh lagi. tapi sebab screen pun dah kronik.. terpaksalah ganti. 🙂