Harga power, belum tentu spec pun power. Demikian juga, murah belum tentu kualitinya rendah. Dengan lambakan smartphone yang berada di pasaran sekarang, kadang-kadang membuatkan kita rambang mata untuk memilih mana satu yang sesuai dengan bajet dan keperluan kita.
Di sini saya ingin kongsikan beberapa tips yang mungkin anda juga boleh praktikan sebelum membeli smartphone murah agar tak menyesal di kemudian hari.
“Ish, menyesalnya beli Xiaomi ni, power lagi realme kot.” Haha…
Tips Membeli Smartphone Murah
1. Tetapkan bajet anda. Ketahui kedudukan semasa kewangan anda dan tetapkan bajet yang sesuai dengan bajet anda. Beli main redah saja, boleh rabak poket anda dibuatnya.
Ukur baju di badan sendiri, dan kenal pasti smartphone yang berada di dalam range harga bajet anda.
Jangan terlalu terikut dengan trend. Tiada guna memiliki smartphone mahal berlipat kali ganda, tapi akhirnya menumpang wifi di kedai mamak! Haha..
2. Buat Senarai Pendek. Senaraikan smartphone yang berada dalam range harga yang anda mampu miliki, kemudian kenal pasti spesifikasi smartphone-smartphone ini.
Senaraikan spesifikasi yang menjadi keperluan dan kemahuan anda. Sama ada dari segi kemampuan kamera, ram dan rom, sensor, kapasiti bateri dan sebagainya. Padankan spesifikasi-spesifikasi ini dengan gaya penggunaan anda.
bateri besar, kamera yang mantap atau processor yang power? ikutlah anda jenis yang mana.
Kalau nak cara mudah, boleh semak melalui laman web Lazada (klik). boleh filter harga, jenama, spesifikasi asas dan sebagainya.
3. Dapatkan Review. lakukan sedikit kajian. Baca ulasan dan tonton video review di Youtube, blog dan berkenaan smartphone yang anda telah masukkan dalam senarai anda.
Usah terburu-buru dalam membuat keputusan.
Sekiranya anda ada 2 ataupun lebih smartphone yang memiliki ciri-ciri dan harga yang hampir sama, disinilah review ini berguna. Kebiasaannya para reviewer akan berkongsikan pro dan kontra antara model-model smartphone tersebut.
antara maklumat biasa yang dikongsikan oleh reviewer ialah spesifikasi smartphone, kecepatan dan ketahanan penggunaan, fungsi kamera dan ciri-ciri kecil lain yang mungkin menjadi kelebihan bagi smartphone berkenaan.
“harga sama, tapi kamera Realme 3 Pro lagi power dari Redmi Note 7 pro”… ops…
4. Nak Beli Di Mana. Semak sama ada model smartphone yang anda pilih boleh available atau tak di Malaysia. Beli secara online atau offline? Cash, Installment atau percuma?
Paling penting pastikan kaedah pembelian adalah selamat, seperti cash on delivery, money back guarantee dan sebagainya. Jangan mudah tertipu dengan harga yang super murah, semak latar belakang penjual dan harga patut bagi smartphone berkenaan.
Abaikan tawaran yang too good to be true…
“Murah sangat ni, beli lah” (sekali sampai jenama china clone. Haha)
Bukan sedikit saya lihat kes scam berkaitan pembelian smartphone berlaku. Lazimnya disebabkan jual beli di media sosial seperti Facebook. Penjual ghaib selepas bankin duit ataupun barang yang sampai tak sama dengan barang yang dibeli dan sebagainya.
Anda tanya saya beli di mana?
Kalau bukan Shopee, tentulah Lazada. 🙂
baca juga : Cara Membeli Barang Di Lazada
5. Waranti, jaminan ini penting sekiranya smartphone anda bermasalah di kemudian hari. ketahui tempoh jaminan dan jaminan itu datangnya dari siapa.
Local Manufacture Waranty bermaksud anda boleh membuat tuntutan jaminan di mana-mana pusat servis smartphone anda. ianya juga dijaminan original dan diedarkan oleh pengedar yang sah.
Manakala, Local Supplier Waranty pula biasanya merujuk kepada kedai sahaja. Kebiasaannya jaminan jenis ini ialah bagi set import yang dibawa masuk dari luar negara. Harganya juga lebih murah berbanding smartphone yang diedarkan oleh pengedar sah.
6. Aksesori, pastikan aksesori smartphone pilihan anda senang untuk didapati. Antaranya casing, screen protector, tempered glass, earphone dan sebagainya.
Pengalaman saya membeli smartphone model Redmi Note 3 Pro SE menjadi pengajaran bagi saya. Memanglah smartphone tersebut terbaik dari segi prestasi dan harga, namun aksesorinya amat sukar untuk ditemui. Special Edition la katakan! huhu
Penghujungnya retak dan calar balar kerana tiada casing dan tempered glass yang benar-benar sesuai. Jangka hayat smartphone pun tak lama! 🙁
Penutup
Saya harap tips ni dapat membantu anda membuat keputusan terbaik. Ye lah, kita beli smartphone untuk pakai lama. Kalau boleh lebih 3 tahun. Lain lah kalau duit anda berkepuk-kepuk, nak tukar smartphone setiap beberapa bulan pun tak pa. Haha…
Aku guna phone harga RM300 je. Dah 2 tahun guna alhamdulillah ok lagi sampai ke hari ni. Macam2 kerja dah buat guna phone murah ni.
Beli phone yang sesuai ikut cara penggunaan sendiri, ikut bajet sendiri. Tak perlu phone yang specs power sangat.
Sekarang ni banyak model phone yang specs lebih kurang sama. Cuma harga je berbeza, mahal dengan murah.
Brand china pun takda masalah. Phone china dah makin bagus sekarang ni. Tak macam dulu. Jangan terbeli yang clone dah la..
betul, yang saya maksudkan clone la. sebab kadang-kadang ada orang tak perasan main beli je sebab murah. 🙂
Kann.. Phone clone memang murah. Tapi tak tahan lama. Pernah terbeli phone clone sebelum ni. Tak sampai sebulan guna dah timbul macam-macam masalah. Salah sendiri sebab masa tu kurang ilmu tentang phone.
Sekarang kena ambil tahu tentang phone kalau tak nak tertipu. Belajar tengok specs phone sebelum beli. Atau tanya kawan-kawan yang lebih mahir tentang phone.
Geram tengok harga phone sekarang ni. Banyak yang murah2 kat Shopee, Lazada.
Murah dan tidak menyesal ini ibarat unicorn, dengar cerita ada, dengar cerita hebat dan ajaib, tapi jumpa sendiri belum la pernah lagi.
beli phone murah ni satu je part sakit.
bila ada benda rosak.
terutamanya skrin.
kalau harga tukaq dah separuh harga, memang sakit la.
dah terkena sekali, so cari handpone mahal sikit.
haha..