Unifi Air, 20mbps Unlimited Kuota Hanya RM79 Sebulan

jika sebelum ini, unifi air hanya dibuka kepada pelanggan sedia ada streamyx. Sekarang, ianya telah dibuka kepada umum untuk pendaftaran. Pada awalnya unifi air disediakan khas untuk pelanggan streamyx yang tersekat pada kelajuan 10mbps disebabkan oleh infra yang menggunakan copper.

Dengan Unifi Air yang menggunakan rangkaian TDD-LTE yang berupaya untuk mencapai muat turun dan muat naik sehingga 20mbps. Menariknya, pelan ini ditawarkan dengan kuota tanpa had.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan unifi air, anda boleh memilikinya pada harga serendah RM79 sebulan tidak termasuk SST. Anda boleh membuat pilihan sama ada mendapatkannya secara pukal dengan modem B618-65D daripada TM dengan kontrak selama 24 bulan dan waranti selama 12 bulan.

atau hanya mendapatkan simcard sahaja tanpa sebarang kontrak.

unifi air, 20mbps unlimited quota

Unifi Air khas untuk penggunaan untuk data sahaja dan tidak mendokong perkhidmatan SMS dan panggilan.

Harga asal unifi air sebelum ini ialah RM129, dan sekarang anda boleh mendapatkanya pada kadar RM79/sebulan.

Anda boleh mendapatkan unifi air di TMPoint berdekatan. Manakala untuk pendaftaran secara atas talian hanya akan dibuka pada penghujung november. Upfront payment sebanyak RM100 akan dikenakan untuk pendaftaran untuk pelanggan baru. Percuma upfront payment untuk pelanggan streamyx sedia ada.

Semak coverage anda sebelum membuat langganan di sini.

rujukan : FAQ

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.