7 Info Berkaitan Jerebu Yang Anda Perlu Tahu

1. Jerebu ialah pencemaran udara yang berlaku disebabkan oleh habuk, debu, asap dan zarah-zarah lain kelihatan jelas di udara. Jerebu selalu berlaku ketika atmosfera berada dalam keadaan yang kering di mana zarah-zarah kecil tersebut berkumpul pada atmosfera yang rendah.

2. Jerebu berpunca oleh banyak faktor, antara disebabkan oleh pembebasan asap daripada kenderaan, aktiviti pertanian dan juga kebakaran hutan sama ada disebabkan oleh cuaca panas atau disengajakan.

3. Pencemaran jerebu diukur berdasarkan Indeks Pencemaran Udara. Di mana ianya dipecahkan kepada 7 kategori, dari Baik sehinggalah kategori darurat.

Nilai IPU

Kualiti udara

0 – 50

Baik

51 – 100

Sederhana

101 – 200

Tidak sihat

201 – 300

Sangat tidak sihat

301 – 400

Berbahaya

401 – 500

Sangat berbahaya

Lebih 501

Darurat

7 Info Berkaitan Jerebu Yang Anda Perlu Tahu 1

4. Cara mudah untuk menyemak indeks pencemaran udara ialah melalui aplikasi APIMS di laman web jabatan alam sekitar Malaysia. Di mana Sri Aman, Sarawak merupakan lokasi yang terjejas buat masa ini sehingga mencapai tahap berbahaya.

5. Antara golongan yang kerap terjejas disebabkan oleh jerebu ialah kanak-kanak, orang tua, penghidap penyakit pernafasan seperti asma dan sebagainya. Jerebu bukan sahaja menghadkan jarak penglihatan, malah jerebu juga boleh menyebabkan iritasi kerongkong dan batuk, kesukaran bernafas, iritasi mata dan gatal-gatal pada kulit.

6. Kementerian kesihatan Malaysia telah mengedarkan beberapa langkah berdepan fenomena Jerebu ini. Antaranya ialah:

  • Kurangkan aktiviti luar dan pastikan rumah berada dalam keadaan tertutup. Elakan sebarang aktiviti luar, walaupun bersenam.
  • Sekiranya terpaksa keluar dari rumah, gunakan penutup mulut yang disyorkan (N95) yang berupaya untuk menapis partikel halus di udara.
  • Banyakan minum air.
  • Mandi dan cuci tangan selepas daripada melakukan aktiviti luar.
  • Pastikan ubat-ubatan tersedia sekiranya menghidapi penyakit berkaitan pernafasan.

7. Kerja-kerja pembenihan awan juga telah mula dilakukan dan sekolah-sekolah telahpun diarahkan tutup sekiranya index pencemaran udara berada pada bacaan lebih dari 200 IPU (sangat tidak sihat).

1 thought on “7 Info Berkaitan Jerebu Yang Anda Perlu Tahu”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.