Apa Beza Buku Kendadu & Veto?

Waktu saya berkongsi review buku Kendadu tulisan Bro Irwan Idris di Tiktok tempoh hari, ada yang bertanya apa beza buku Kendadu dan Veto? Persoalan itu sebenarnya untuk menjawap, kenapa perlu membaca keduanya, tidak boleh ka membaca satu sahaja?

BUKU KENDADU — ditulis berdasarkan peristiwa yang berlaku selepas tahun 1963. Ianya berkisar tentang pindaan perlembagaan & kesannya terhadap hak-hak Sabah.

seperti sedia maklum, perlembagaan persekutuan mengalami banyak pindaan.

boleh saja kalau kita baca satu per satu dan semak dengan penyata rasmi di website parlimen. Namun, memang akan memakan masa.

Jadi, buku Kendadu ditulis untuk memudahkan kita agar tidak perlu lagi membaca satu per satu dokumen itu. Rang Undang-undang (RUU), Akta, Warta & Penyata Rasmi.

Penulis menulusuri pindaan-pindaan tersebut dan menghidangkannya untuk para pembaca, bagaimana pindaan-pindaan pada tahun tertentu memberikan kesan kepada hak-hak Sabah. Contohnya membabitkan Akta Pelantar Benua, PDA74, Pindaan 1976 yang kontroversi, Ordinan Darurat dan beberapa lagi.

Semua itu diceritakan dalam buku Kendadu.

BUKU VETO – Penerbitan buku Kendadu difikirkan akan menjawap semuanya. Namun timbul pula persoalan baru, kenapa pindaan-pindaan itu dibuat? Apakah tujuannya? Apa motif disebalik semua ini?

Maka lahirlah buku Veto.

Selalu bila cerita tentang pembentukan Malaysia, kita akan dihidangkan dengan Laporan Cobbold, IGC Report dan akhir sekali MA63 dan Malaysia Act 26/1963.

Namun, pernahkah kita berfikir apa yang berlaku di sebalik tabir?

Buku Veto menjawap kelompongan itu, sekaligus menjawap persoalan kepada motif pindaan-pindaan yang didedahkan di dalam buku Kendadu berlaku.

Kalau dari garis masa, buku Veto memaparkan kejadian di antara tahun 1961 – 1962. Peristiwa sebelum Suruhanjaya Cobbold ditubuhkan.

Veto ditulis berdasarkan British Document on the End of Empire Project (BDEEP) : Malaysia. Edit by A.J Stockwell yang diterbitkan oleh Institute of Commonwealth Studies.

Boleh saja kita baca sendiri dokumen-dokumen, telegraph & surat rasmi di dalam BDEEP itu. Tapi selalu ada yang bertanya.

“Ada bahasa Melayu ka?”

Maka VETO disampaikan dalam Bahasa Melayu & dihidangkan dalam bentuk novel agar pembaca tidak bosan membacanya. Dengan harapan ini akan memudahkan lagi pemahaman kita. Macam skrip filem tapi ada rujukan ya.

Dari bacaan saya, buku Veto ada satu bab yang tidak dapat saya track di dalam BDEEP secara terperinci. Iaitu berkaitan “Perjanjian Rahsia”. Saya sudah cari di google.. memang tidak jumpa.

Mahu tahu? Kena baca lah dan buatlah keputusan sendiri.

Buku Kendadu & Veto ialah sumber sekunder, ia bukan sumber primer. Jadi, cabar diri anda untuk berfikir, bukan sekadar untuk tadah saja semuanya.

Dalam usaha kita menulusuri semula sejarah yang hilang, kita juga perlu membina jati diri kita sebagai bangsa yang berfikir.

Dapat sesuatu?

like jika suka.
share untuk sebar.
Follow kalau berminat.

Ada soalan, saya amat alu-alukan.

— Suhimi Nain. 7 Januari 2026, Beaufort, Sabah.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.