MA63 singkatan bagi Malaysia Agreement 1963. Walaupun Malaysia dibentuk pada 16 September 1963, namun MA63 sebenarnya ditandatangani pada 9 Julai 1963. Ditanda tangani di Marlborough House di London, oleh wakil daripada Malaya, United Kingdom, Singapore, North Borneo & Sarawak. MA63 ialah perjanjian antara bangsa yang telah didaftarkan di United Nations oleh United Kingdom pada tahun 1970 dengan no. pendaftaran 10760. Pernah dipinda pada Singapore pada 28 Ogos 1963 bagi memberi ruang kepada United Nation Final Mission melakukan tinjauan di Sabah & Sarawak sebelum pembentukan Malaysia.
MA63 terdiri daripada 11 Artikel & Annex A – K.
Perjanjian ini ditandatangani di dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Enggeris. Manakala Annex perjanjian ini semuanya di dalam Bahasa Inggeris. Sekiranya berlaku kekeliruan maka tafsiran Inggerislah yang lebih utama sebagaimana yang terkandungan di dalam Artikel II Perjanjian Malaysia 1963.
Namun, setelah lebih 50 tahun pembentukan Malaysia, berapa ramai antara rakyat Malaysia yang pernah dengar dengan membaca kandungan perjanjian ini? Apa yang pasti tidak ramai yang mengetahui apa yang terkandung di dalamnya apatah lagi memahami tujuan sebenar penjanjian ini.