
melihat Ferry Irwandi, membuatkan saya ingin tahu. Apa sebenarnya rahsia sosok ini untuk terus tenang & tidak mudah digoncang?
rupanya bertahun lalu, sebelum & selepas covid, beliau pernah berkongsikan ilmu di dalam podcastnya di Youtube.
“kita perlukan ilmu untuk berfikir.”
Kita selalu diajar ilmu untuk berzikir, namun saya kurang pasti tentang ilmu untuk berfikir. adakah?
kita selalu diajar untuk hanya ikut dan menurut sahaja. jika buat itu, maka ini dan ini akibatnya. Itu ialah hasil akhir. tapi bagaimana teknik untuk mengawal dan mengendalikan fikiran sepertinya tidak pernah diajarkan di bangku sekolah.
bagi yang terpilih beruntunglah merasai kem motivasi dan refleksi. kemudian diberikan kata-kata hikmah & petikan ayat Quran dan sebagainya sebagai azimat di dalam dada.
tapi bersoalan yang paling besar ialah.. bagaimana? pelan dan tindakan tidak dijelaskan. yang ditekankan hanyalah kena ada disiplin, jadual tapi apa asasnya semua ini?
biasanya ahli motivasi pula hanya berkongsikan tips & teknik tertentu, kerangkanya dari mana? tidak dikongsikan.
mungkin kerana terlalu berat untuk pelajar kita? entah lah. mungkin juga berfikir itu alat yang berbahaya, untuk siapa? sistem?
agama memang menjadi asas. tapi kita perlu memikirkan cara yang terbaik untuk menterjemahkannya dalam hidup kita.
Mungkin kerana itu jugalah lahirnya teknik “garfu tala dengan ayat-ayat al-Qur’an.” kerana mudah, main cabut-cabut & dapat jawapan macam cabut tiket bertuah.
kerana apa? kerana berfikir sudah jadi perkara yang susah. ya, susah kerana tidak didedahkan caranya.
bila Ferry Irwandi berkongsikan tentang Stoic (ilmu falsafah). mungkin ini perkara menarik untuk diteroka.
belajar tentang falsafah bukanlah bermaksud kita perlu menerima keseluruhan ilmu falsafah.
sebagaimana sebagai ilmu sains itu tidak boleh mengatasi ilmu wahyu, maka sepatutnya struktur kepercayaan kita terhadap ilmu sebagai muslim juga sama dengan ilmu-ilmu lain. jika ada yang bertentangan, maka tertolaklah ia.
— Suhimi Nain, 6 januari 2026
