Asssalamu’alaikum & Selamat Pagi Rakan2
Saja kongsi bagi rakan-rakan yang bukan pengguna myGovUc tapi perlukan Gmeet Premium tanpa perlu beli dari Shopee. Biasanya keperluan Gmeet Premium ini ialah apabila adanya mesyuarat, program, kursus, seminar, forum dll. Mahu gunakan Google Workspace juga anda perlukan pengetahuan teknikal kerana mewajibkan anda memiliki domain terlebih dahulu. Bagi yang anda boleh gunakan premium Gmeet tanpa perlu langgan Google Workspace. Harganya juga lebih murah berbanding Zoom.
Bagaimana caranya dapatkan Gmeet Premium dengan harga murah?

Gunakan Google One pakej 2TB. Di mana Google telah memberikan akses Google Workspace Premium Features kepada pengguna-pengguna Google One. Harganya juga lebih murah berbanding Zoom meeting.
Berbanding Zoom yang berharga RM60-70 sebulan, Google One pakej 2TB hanya RM42 sahaja sebulan. Malah anda boleh ada lagi tambahan 5 family members. Kesemua family members yang anda share akan turut boleh menggunakan ciri premium Gmeet ini. Cuma kekurangannnya ialah anda berkongsi 2TB space Google One limit menukar family ke family yang lain ialah sekali sahaja bagi setiap 12 bulan.
Pakej ini akan lebih murah, sekiranya anda melanggannya secara setahun terus dan beli secara berkumpulan bersama rakan-rakan anda. Anda hanya perlu bayar tidak sampai RM72 setahun. Dengan harga RM429.99/tahun kemudian berkongsi dengan 5 family members, boleh la dibahagikan setiap orang hanya perlu membayar RM71.665 setahun,
Jimat kan?
Kongsikan anda rasa info ini bermanfaat jemput kongsikan dengan rakan-rakan anda, jumpa lagi!