Kali ni aku akan menulis Cara Beli Barang Di Lazada. Ini ialah pengalaman kali pertama aku membeli barang di Lazada. Inipun disebabkan ada offer murah. Kalau tak ada keperluan, memang aku scroll dan tengok-tengok barang saja. Tak da nak beli punya. Hehe…
Serba Sedikit Tentang Lazada
Bagi yang belum tahu bagaimana Lazada berkerja, di sini aku nak cerita bahawa ialah satu web jualan atau platform yang menghimpunkan pelbagai produk samada dalam mahupun luar negara. Di dalam laman web jualan ini, ada yang produk dijual oleh pihak Lazada sendiri dan juga thirt party, dengan kata lain seller/vendor yang berdaftar dengan mereka.
Jadi, tidak hairanlah ada kes yang ditipu di Lazada. Seperti barang tak ikut specification ataupun barang tak cukup sifat. Maklum saja, di dalamnya ada ramai orang yang menjual bukan Lazada sahaja. Kalau silap langkah boleh rugi jadinya.
Sebelum Beli Barang di Lazada…
1. BACA REVIEW
Baca review Pembeli sebelum anda membeli sesuatu barang, sama ada memuaskan atau tidak. Berapa rating yang pembeli berikan. Semakin banyak rating sesuatu barang semakin bagus lah kualiti/servis yang ditawarkan.
2. DAPATKAN MAKLUMAT SELLER/VENDOR
Sekiranya barang yang hendak dibeli dijual oleh 3rd Party. Google nama seller untuk membaca mengetahui reputasi mereka. Adakah mereka kedai ataupun sekadar pengedar, ataupun mungkin orang perseorangan/dropshipper. Sekiranya maklumat yang diperolehi adalah jelas barulah buat pembeli.
3. SEMAK WARRANTY PRODUK
Pastikan sama ada produk yang anda beli memiliki warranty atau tidak. Sekiranya ya, pastikan berapa lama tempoh warranty dan siapa warranty kedai (Local Supplier Warranty) ataupun warranty dari pengilang/pengedar (Local Manufacturer Warranty). Ini membolehkan anda membuat tuntutan sekiranya berlaku sebarang kerosakan pada barang berkenaan.
Cara Beli Barang di Lazada
Langkah 1 : Cari barang yang anda hendak beli kemudian klik “ADD TO CART”
Langkah 2 : Klik “CHECK OUT”
Langkah 3 : Lengkap Shipping Address dan Klik “CONTINUE”
Langkah 4 : Pilih Kaedah Pembayaran atau Paymen Option yang anda rasa sesuai. Macam aku, aku pilih Online Banking, select Bank seterusnya klik “PLACE YOUR ORDER”. Sekiranya ada kupon diskaun boleh isikan pada ruangan seperti dalam gambar di bawah.
Langkah 5 : Buat Pembayaran dengan klik butang “MAKE PAYMENT”. Setelah muncul popup Online banking anda, boleh la buat transaksi pembayaran seperti biasa.
Langkah 6 : Pembayaran berjaya! Kalau anda perasan di ruang bawah sekali, ada ruangan untuk claim point sekiranya anda adalah pemegang BCARD ataupun BIGPOINT AirAsia.
Langkah 7 : Lazada akan menghantar E-mail seperti di bawah. Dalam email tu ada maklumat pembelian produk. Kalau nak semak status, senang saja. Klik ORDER STATUS.
Contoh tracking order di laman web lazada.
Review Pembelian Barang
Alhamdulillah, bagi aku pembelian barang di Lazada ni amat memudahkan. Tidak perlu beratur, bahkan lebih mudah untuk pengguna, sama untuk semak maklumat barang, kualiti barang mahupun maklumat seller.
baca juga : 4 Cara Dapatkan Voucher Diskaun Lazada
Dari segi proses pembelian juga Lazada merupakan laman web jualan yang amat mesra pengguna. Sokongan untuk pembayaran yang pelbagai dan maklumat untuk segala transaksi sehingga penghantaran adalah direkod di dalam sistem.
Manakala, sekiranya terdapat sebarang pertanyaan dan kekeliruan pembeli juga boleh menghubungi dan mendapatkan maklumat dengan mudah dari laman web mereka. Cuma satu sahaja aku kurang selesa, panduan bahasa Melayu memang tak ada kah?
p/s : Alhamdulillah, barang dah selamat sampai petang tadi! 🙂
Akhir sekali, diharap panduan yang aku kongsikan ini dapat membantu mereka yang mungkin belum/jarang-jarang membuat pembelian secara online. Sekiranya ada sebarang pertanyaan, bolehlah tinggalkan di ruangan komen. Insya’Allah aku cuba bantu mana yang mampu.
saya suka lazada sebab dia guna gdex untuk hantar barang. Gdex ni bila alamat kita di daerah kecil, dia tak akan singgahkan barang ke center sesebuah ibu neger, dia akan hantar terus..cepat dan pantas.
macam peminat tegar lazada je. hehe
haha..tu je so far tempat beli online yang saya rasakan terbaik, selain lelong..cepat dan customer service pun laju je reply.hehe
cik tom pun suka lelong dengan lazada…kalau nak beli mesti survey harga n spec 2 website ni..hehe
tak susah sebenarnya.
janji tahu la guna laptop tu dan ada talian internet.
tak boleh macam tu, kena baca panduan ni dlu. 😀
haha..
macam tu la plak.
adoi.
saya pernah beli sekali je barang kat Lazada ni
sy pun 1st time jgk.
buat komisyen dengan lazada pun lumayan 🙂
baru nak merasa ni. cuba nasib dlu. 😀
saya beli dah 2 x dgn lazada, so far alhamduillah memang puas hati
dah lama tak beli barang online. dah kurang bershopping sekarang ni. dulu, pantang tengok ada sale. hahaha
Encik suami yg beli di Lazada – akak pula beli di Zalora. Mmg dasar malas jalan2 shopping – prefer shopping duduk. Org tua la katakan…. 😀
Banyak kali dah beli barang Lazada. Setakat ni semua barang on time. Kualiti seperti dijanjikan. Cuma Lazada ni waktu pos dia boleh sehingga seminggu berbanding seller di Lelong hanya dalam 1-3 hari
pernah jugak beberapa kali shopping kat lazada…mudah tak perlu ke kedai..jimat minyak, tenaga dan sebagainya..ke pemalas?..hahaha…
Setiap bulan mesti nak beli barang di lazada. At least satu barang setiap bulan.
hari2 hantar email.. macam2 promosi suruh beli… belum ada budget memang takkan beli..tapi bila dah ada terlupa pulak… (buat2 lupa)…
Boleh rambang mata tengok produk di Lazada semuanya cun melecun..haha..paling dasyat promosi sekali masuk..selamanya dia ikut.. 🙂
Lagi senang beli di Lazada, survery-survey kat kedai ni makan masa dan tenaga..survey depan komputer gini tup tup barang sampai kat rumah.
tak penah lagi cuba beli guna online sebab takut kena tipu.. tu je. ahaha
Service Lazada memang terbaik… Sebab tu ramai orang suka membeli barang secara online di laman web Lazada…
lazada pun ada affiliate kan? boleh try promote nih 🙂
Nak tanya penimbang tu ok tak bro…kalau tahan nak order gak la..
Alhamdulillah, ok bro. Sesuai dengan harga, lagipun free delivery. 🙂
Bagusla kalau dah ada panduan macam ni.. barulah senang mereka nak beli kat sini..hehe..
memang mudah sangat sebenarnya nak beli barangan dari lazada, lagi – lagi yang bestnya dia takde charge dilivery
Belum pernah buat belian kat lazada lagi…insyaAllah nanti mungkin ada benda nak beli senang la sebab dah ada panduan
setakat ni masih memuaskan hati bila order barang dari lazada.
laju aje.
barang pun takde masalah. takde rosak atau kopak.
Salam nak tanya biasa barang smpai dlm masa berapa hari ya
Biase ye berapa hari sampai ? Pos or cara lain ?
Tak pernah beli barang kat Lazada lagi. just usha dulu je stakat ni 😀
Terbaik, jarang org buat artikel mcm ni. hehe. selalu beli kt lazada dari leong.com.my. lazada layanan dia lg tip top.
Belum pernah try lagi membeli barang di lazada nih
Nak tnye, macm mane nk guna BCARD@BCPOINT AirAsia?
yang tu redeem point sj, tak boleh nak pakai kot. 🙂
asslamualaikum… macam mn nk dftr bcard ye? slalu beli lazada tp xtau cmne nk gune tuk bcard tu… tq
Kalau barang dr oversea byar mcm mna?
tetap sama, cuma penghantaran tu akan ambil masa lama. x macam barang lokal.
Pingback: 4 Cara Dapatkan Voucher Diskaun Lazada | Suhimi Nain
Semasa barang tu nk sampai ke tangan kita ada x bayaran tambahan yg akan d kenakan pada kita.
tak pasti pula, rasanya shipping masuk terus waktu pembayaran online. tapi saya hari tu dpt free shipping. 🙂
Lazada hantar barang sampai depan rumah ke
Lazada akan hantar ke alamat penghantaran yang kita isi sewaktu pembelian, kalau rumah, rumah la dorang akan hantar. 🙂
Biasanya barang sampai berapa hari ? Pos ke macamana ?
ikut jenis barang, kalau local. dalam 3 hari dah sampai da. Tapi kalau barang tu oversea dalam tempoh 2 minggu la jawapnya. .
Kalau dia hantar nnti kene cas x
tiada cas, pembayaran postage adalah waktu buat pembayaran online (sekiranya ada).
Biasanya barang sampai berapa hari ?
assalam tuan…boleh ke buat payment dgn kaedah cash deposit?
Wa’alaikumussalam, Cash deposit tak boleh tuan. mungkin boleh dapatkan online banking macam maybank2u dan cimbclick atau boleh COD jika produk yang tuan nak available untuk COD. 🙂
Slm..bang nk tanye ni slpas brg spai kat rumah ade kene tandatangan me x
Biasanya tandatangan untuk penerimaan barang saja, macam poslaju dll. Cuma saya hari tu orang di ofis yang tandatangan, sebab saya cuti. 🙂
Kalau yang local macam mne tk fhm?
Local tu maksudnya barang di dalam negara. bukan dari oversea dan boleh dibuat tuntutan waranty di Malaysia. 🙂
lazada ni pos guna courier ape ye
Poslaju,GDEX,TA-Q-BIN,SKYNET, Ninja Van dan Lazada Express. 🙂
Nak ty kalau nak bankin kn duit sebelum dia dtg rmh ke!
ya, buat pembayaran secara online.
Kalau cash nnti byr kt die eh
Bang Nak tanya kalao kite bayr cash on delivery nanti dia dtg pakai courier ape lazada ke pos laju?
saya cuma tahu TA-Q-BIN yang ada COD. maklumat lanjut ke call lazada : 03 8601 1888
nak tanya?klo tertibe dye tulis bayaran blik sedang diprose kenapa yer?padahal sebelum ni dye proses elok je..boleh explain tak kenapa?
refund?
Salam.mcmana nak contact lazada.
hantar barang tak sama dgn order.
boleh cuba call 03 8601 1888
Bang sye nak tya kalau cod nnti kite byr dkt die eh?
Asslm sye nk tya kalau cash on delivery nnti dia hntr gune courier ape ye
setahu saya TA-Q-BIN yang ada COD.
Asslm sye nk tye kalau cod nnti dia hntr gune courier ape ye?
COD setahu saya TA-Q-BIN.
Salam..reply asap ye,
Mcm mna nak buat pmbyrn kalau bank kita xda dlm senarai lazada tu?sila bantu..saya hanya ada bank rakyat sahaja.tq
buka akaun bank baru yang ada dlm senarai lazada
As slm En. Suhaimi…saya ada soalan, warranty card tu perlu dipost ke contohnya saya beli oven. Delivery sampai hari-6 dah pun, Friday…ikutkan statement pd card tu kena deliver warranty card dlm masa 7 hari ke supplier manufacturer memg xsempat…invoice lazada cukup utk claim warranty ke? Perlu ke hantar warranty card tu?
Salam nk tanya.mcm mana nk tau tarikh expired barang tu ye?
Saya dah paid. Tp xde email dr lazada
kena contact call centre atau support lazada http://www.lazada.com.my/contact
Assalamualaikum . saya ada nak order item di lazada tapi sedang keliru saiz yg diberikan. bantu saya, macamana nak order item tu supaya saya tak tersilap beli saiz..
Assalam nk tnye klu cash on delivery die hntr area johor tak? Dan die akan caj kite tak utk penghantaran COD? TQ
Kenapa waktu nak buat payment guna maybank kena login sy tak boleh login tiba2 dia tulis usernama/password wrong … sdgkan sy mmg ade akaun mayabank2u …. ade jawapan tak ? sy baru nak beli barang sendiri … sebelum ni suruh orang lain heheee
Slm sis..sy pun hadapi masalah yg sama…tp ada cara lain..skrg boleh buat pembayaran di 7eleven..
Mcm mana nk buat pembayaran d 7e
Nak tanya,saya tersalah bagi email..Email tu saya lupa password..Nanti dia akan hantar mesej tak selain email?
shipping and billing adress tu kena isi alamat kita ke alamat bank
kat mana nak klik banking online tu.. yg ada paypall, hellopay, card credit, 7e, cod dan maybank installment.. harap dapat membantu.. tq
kenapa saya nak beli item hanya satu barang , tetapi setiap barang bila nak buat pembelian dia buat jumlah beli 3 barang..
Saya nak beli scooter scomadi 125 cc di Malaysia. Bagaimana cara mengirim ke Purwokerto Jawa Tengah Indonesia. Dab berapa ringit harga dan ongkos kirim nya terima kasih bambang K
Cara pembayaran di7e tu bagaimana dan dimana terletaknya pilihan untuk cara pembayaran begitu.
terima kasih tunjuk ajar yg lengkap dan saya sudah cuba
Ada COD lazada area keningau tak???
Tolong di jawab..
Ada COD lazada area keningau tak???
Tolong di jawab..
Cam mna pembayaran lazada kt 7e boss???
tapi abang buat gmail macam mana???pastu boleh hantar trus ?? umur saya 19 tahun masih perlu ditunjuk ajar…..
banking tu tu mcm msukkn duit mna2 bank mcm kita beli brng online la?
Ya, betul Puan.
Bagaimana caranya sekiranya alamat penerima adalah di negara jiran ??
Nak tanya saya beli di lazada mengunakan molpay cash,dah bayar pon email pon x dpt tapi bila nk cek order status x bleh invalid order nombor tapi saya byr sebelum tarikh tamat tempoh.mcm mne nk buat?
Boleh try call lazada di : 03 8601 1888
Monday – Friday: 8am – 9pm
Weekends and Public Holidays: 9am – 6pm
Assalam…gune banking mcm mna ya?…masukan duit nye pada no akaun yg dia bagi ke
tak, terus melalui online banking.
assalmualaikum, how if takde online banking and nak transfer duit terus je dari atm ? nak kena pilih cara yg mana eh ?
Wa’alaikumussalam, puan boleh cuba cash on delivery (jika ada) atau pembayaran melalui 7Eleven berdekatan.
Macam mana cara membeli dengan menggunakan cash on delivery???
Binggung lah tu hari zalora mudah je
Beli barang kat lazada banking melalui atm dapat ke
tak dapat puan,
puan boleh cuba cash on delivery (jika ada) atau pembayaran melalui 7Eleven berdekatan.
Saya baru je beli parfum kat lazada..first time ni..dalam tax inv can get 26-31 may 2017 . Bayar dekat 7eleven …risau gak la…sebab banyak komen2 negative kat google. harap2 barang sampai la.
Klw nk byr guna cimb click plk mcm MNA?
Cimb click tu same tak dgn akaun bank cimb yg kite slalu gune nk bank in duit dgn pnjual lain bile nk beli barang ??
Tuan…camna bayar di 7e tu ya…dan apa yg org dok risau dgn 7e tu
blh ke bayar kt rumah mcm sampai kt rumah barang baru bayar blh kr mcm tu
macam kita buat pembayaran dekat 7 eleven. . macam mna lazada nk tau yg kita dah bayar
Hi saya ad order barang dgn lazada tp sy xdpt order number, brg tu dr oversea. Ke brg dr oversea lmbt dpt order number dia ?
Maaf terlebih dahulu, boleh tahu brapa lama brg yg dah order akan smpai dgn tuan punya badan?
bergantung kepada syarikat penghantara tuan, biasa 2 – 3 hari dah sampai kalau lokal produk. kalau oversea pula dalam 2 minggu.