Selepas sahaja isu produk kosmetik Qu Puteh Whitening Pro 9 dilaporkan mengandungi mercury, produk kecantikan atau kosmetik yang lain juga tidak terlepas dari dakwaan berkenaan. Pelbagai jenama produk kecantikan yang disenaraikan oleh pihak tertentu tersebar di media sosial. Entah betul entah tidak. Bagi yang belum tahu cara semak pendaftaran produk kosmetik dengan KKM (kementerian kesihatan malaysia), kali ini aku akan kongsikan caranya.
(baca juga) Peringatan al-Quran Apabila Mendengar Sesuatu Berita
Tapi sebelum korang buat semakan, pastikan korang ada no siri KKM produk kecantikan tersebut terlebih dahulu. No siri KKM pada produk kecantikan biasanya akan bermula dengan perkataan NOT<nombor pendaftaran>.
Langkah-langkah Semak Pendaftaran Produk Kosmetik
1. Layari http://portal.bpfk.gov.my/
2. Isikan maklumat pada bahagian QUEST – Produk Search
Pilih Product Reg. No / Notification No, Cosmetic Product Only dan masukkan nombor NOT seperti di atas.
3. Klik “CHECK STATUS”
Beberapa persoalan tentang pendaftaran produk kosmetik di KKM
1. Kenapa No Siri tidak bermula dengan MAL?
Sebab MAL ialah permulaan untuk produk ubat-ubatan manakala NOT ialah untuk produk kecantikan/kosmetik. Yang mana kesemua produk kecantikan atau kosmetik perlu mendapat “notifikasi” yang diberikan oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) sebelum dipasarkan di Malaysia.
To enable printing of the Notification Note, registration number (MAL no.) had been automatically change to notification number (NOT no.) by the system.
Rujuk pada point ke 17 pada link berikut : http://portal.bpfk.gov.my/index.php/cosmetic
2. Bagaimana Jika No NOT tiada dalam senarai semak KKM?
Jika tiada dalam database KKM, ada 3 kemungkinan iaitu nombor NOT yang disertakan pada produk komestik tersebut ialah nombor pendaftaran produk kosmetik yang palsu, nombor NOT yang dibekalkan oleh syarikat pengeluar tidak terkini (dengan kata lain nombor NOT berubah) ataupun nombor NOT telah ditarik balik sepertimana yang dibuat kepada produk Qu Puteh Whitening Pro 9 – NOT151106644K (tiada dalam semakan 07 February 2016).
3. Bagaimana jika saya menjual/mengedar/mengguna produk yang tiada kelulusan KKM?
Korang boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan-kesalahan berikutnya. Syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya.
rujuk : SATU Produk Kosmetik Yang Dibatalkan Notifikasi Atas Isu Campurpalsu
4. Adakah Cara Lain Untuk Memastikan Keselamatan Produk?
Pastikan produk yang korang gunakan tak ada dalam Senarai Produk Dikesan Mengandungi Bahan Terlarang.
5. Apakah Produk Kosmetik perlu sijil halal?
Penggunaan Logo halal adalah dibolehkan untuk produk kosmetik, dengan syarat mendapat persijilan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia atau Jakim. Walau bagaimanapun, Penggunaan logo halal ini bergantung kepada permohonan sijil oleh pihak pengilang/pengedar dan bukan merupakan keperluan mandatori. – www.pharmacy.gov.my
Akhir sekali, walaupun produk yang didaftarkan di KKM belum 100% selamat, sekurangnya risiko diri terdedah kepada produk kosmetik yang berbahaya adalah lebih rendah. Sebarang maklumat lanjut berkaitan berkaitan pendaftaran kosmetik, boleh hubungi talian 03-78835400 atau layari Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, KKM.
oo..baru tahu beza MAL dengan NOT tu..patut ada yang tanya kenapa takde MAL. dorg ingat pendaftaran KKM tu tipu sebab tak ada MAL
penting untuk semakan ini, sayangi diri sendiri kan sebab berlambak produk tak tentuan sekarang ni
Isu ini mmg penting. Org awam biasanya silap faham ttg maksud Notifikasi. Mrk ingat ia bermaksud produk itu tip top. Mgkn para pengedar/agen/member MLM perlu diberitahu bhw notifikasi tidak bermaksud produk kosmetik itu telah disahkan atau diluluskan oleh KKM. Ia cuma bermaksud pihak KKM tahu ttg kehadiran produk itu dlm pasaran tempatan & tahu tempat utk merujuk (pihak bertanggungjawab di dalam negara) sekiranya terdapat sebarang masalah dan sebagainya.
Okeh.. Nanti nak semak la produk yang ada kat rumah tu..hehe
kekadang memang aku semak gak.
lagi-lagi kalau bila bini aku nak beli produk.
memang aku semak dulu halal haramnya.
Kalau tak ada NOT dkt produk?
kena tanya dengan pengeluar produk, kalau memang tak da. memang tak da kelulusan la tu. huhu
Tapi Tuan,
Kalau kita tak boleh jual produk yang tak berdaftar KKM, habis tu kilang yang dok proses krim kecantikan umpamanya tak perlu ke daftarkan dulu KKM ke atas krim tu sebelum bagi owner atau bakal owner test? Bermakna selama ini owner atau bakal owner dok test je krim yang tak berdaftar KKM lah? Itu pun menjadi kesalahan tau tak sebab owner atau bakal owner yang test krim tu merupakan pengguna ketika dalam proses test produk.
Dan kalau kilang yang proses krim kecantikan itu terlebih dahulu telah mendaftarkan KKM ke atas krim kecantikan itu bagi menjamin keselamatan owner atau bakal owner yang sedang test produk tersebut, kenapa perlu lagi owner atau bakal owner daftar krim yang sama yang telah didaftarkan KKM oleh pihak kilang? Umpama benda sama, kilang dah daftar KKM, lepas tu bila owner atau bakal owner setuju jadikan brand dia kena lagi daftar KKM, sedangkan bahan dalam produk tu adalah sama tak berubah. Kecualilah owner atau bakal owner yang telah test krim kecantikan itu ada request tambah bahan lain.
Jika semua krim di kilang GMP ke, OEM telah didaftarkan KKM sebelum buat promosi krim tersebut kepada bakal-bakal owner, ini akan memudahkan bakal-bakal owner yang tiada budget untuk daftar KKM, sebab boleh pakai sementara KKM produk yang didaftarkan atas nama kilang. Cara ini adalah bagi membantu bakal-bakal pengasas produk yang baru hendak menjinakkan diri di dunia kecantikan untuk mereka test market dahulu, sebelum serius dalam bidang ini dan sekaligus sudah boleh daftar KKM atas nama syarikat sendiri apabila sudah mampu.
Sepatutnya KKM kena ambil tahu perkara itu, bukan main serbu je orang yang baru merangkak dalam bidang kecantikan ini.
Ini pendapat saya.
Terima kasih tuan atas informasi berguna ini. Sangat selamat produk yang ada KKM sebab keyakinan pengguna. Takut juga beli sebarang produk. Boleh merana badan kalau salah produk. Kalau ikut testimoni sahaja, semua benda nampak baik.
Memang penting pendaftaran produk dengan KKM ni. As pengguna, kita memang kena selalu hati-hati dengan produk yang bakal kita beli supaya tidak membahayakan diri di kemudian hari.
Namun ada sesetengah suplemen yang tiada KKM, perasan tak? Sebenarnya suplemen ada juga yang di’claim’ sebagai makanan dan minuman. Contoh macam suplemen minuman tenaga. Jika jenis yang ni, memang tak perlu KKM katanya..
Semoga menambah input ?
macam mn pulak jika founder tersebut kata kkm dah lulus nombor not blm dpt tp dh 2 thn x ada no not mcmn kite nk thu dah daftar blm
Harapan saya adalah KKM dan Famasi ( Bahagian daftar Produk ) buka kaunter perkhidmatan / Bantuan di setiap negeri yg ada di malaysia, ini bagi memudahkan urusan pendaftaran dan pertanyaan ‘face to face ‘. yang saya faham nak daftar produk kena dapat kelulusan farmasi masalahnya sekarang semua kena buat on line. kalau ada kaunter perkhidmatan mudah sikit. owner bawa produk dan borang yg telah siap di isi dan hantar ke kaunter ikut negeri masing2 kan mudah tue. Kalau produk tue tak mengikut piawaian bagi surat sebab apa tak lulus / gagal. mudahkan caranya? sekian pendapat rakyat marhaen.