Tahun lepas maybank ada maklumkan melalui SMS bahawa bermula tahun 2016, semua visa payment untuk kad debit maybank akan dihad untuk pembelian online di luar negara. Tapi, bila tengok di group facebook masih ada juga yang belum maklum berkaitan isu ni. Selepas 1 Januari 2016, pemegang kad debit yang ingin untuk membuat pembelian online luar negara (kebiasaannya membabitkan USD) mestilah mengaktifkan atau unblock semula visa payment untuk kad masing-masing .
Ciri-ciri visa debit ini tidak akan diaktifkan oleh pihak Maybank, melainkan ada permintaan dari pelanggan untuk aktifkan perkhidmatan tersebut. Teringat respon khidmat pelanggan Maybank di Maybank Putrajaya sewaktu aku menukar kad baru tempoh hari. Keselamatan debit kad adalah tanggungjawab pelanggan sendiri.
Visa Payment Untuk Kad Debit Maybank Boleh Diaktifkan…
Dengan 2 cara.
1.    Aktifkan melalui SMS seperti berikut :
SMS ONCNP <space> 12 angka nombor IC…Hantar ke 66628
2.    Hubungi Talian Maybank – 1300 88 6688
sumber www.usahawancyber.com
Mula-mula aku pun gunakan SMS, tapi bila dapat SMS macam di bawah ni aku terus call Maybank.
Ya lah, takkan nak tunggu 2 hari lagi. Huhuhu…
Sebelum pengaktifkan kad, aku sempat tanya
“boleh tak kalau deactivate balik visa payment untuk luar negara ni?”.
Khidmat pelanggan Maybank kata, tak ada sebarang masalah. Tapi kena call balik la dengan dorang.
Tapi, kalau lepas visa payment dah diaktifkan pun masih juga ada masalah. Korang check balik. Sebab khidmat pelanggan maybank tu juga maklumkan, setakat ni online purchase disekat untuk membuat 3 online transaction iaitu membabitkan perjudian, pembelian game dan forex.
Tips Tambahan : Bagaimana Tingkatkan Ciri Keselamatan Kad Debit Maybank
Cara lain untuk kurangkan risiko duit korang disedut oleh pihak yang mendapatkan maklumat kad debit korang, ialah…
Buat dua akaun untuk satu kad. Sebaik sahaja gaji, cepat-cepat pindahkan duit gaji korang ke akaun kedua. Jangan diletakkan di dalam akaun pertama, kerana sebarang transaksi visa payment dari kad debit maybank hanya akan menggunakan akaun utama sahaja. Sekiranya berlaku apa-apa yang tak diingini, sekurang-kurangnya duit di dalam akaun kedua tak akan terjejas. Ini pengalaman aku la.
Jumpa lagi. 🙂
hujung tahun lepas mmg ada dapat sms ni.tak sangka boleh aktifkan balik ye..senang la lepas ni.
patutla nak beli barang online tak lepas je.. dia cakap ada issue mendelah… nak cuba sms nih..