Digi Smartplan 75 Upgrade Review

Baru-baru ini Digi telah memperkenalkan Digi Smartplan 75. Bukan sahaja mengekalkan Unlimited Call sepertimana Plan Smartplan 65. Tetapi Digi juga telah menaikkan kouta internet sebanyak 4GB, menjadikan had penggunaan untuk Digi Smartplan 75 mencecah 7GB/Bulan.

kelebihan Digi Smartplan 75
kelebihan Digi Smartplan 75 berbanding Digi Smartplan 65

Dengan beza hanya RM10++, ramai yang menjangkakan bahawa kelebihan 4GB yang ditawarkan adalah untuk waktu tertentu sahaja. Bagaimana setelah mendapatkan info lanjut, 4GB ialah untuk penggunaan biasa tanpa terikat kepada masa-masa tertentu seperti ‘peak-hour’ yang diberikan kepada pengguna Internet Burung Hantu (Xpax).

Bagi anda yang sedang melanggan Digi Smartplan 65V, keputusan untuk upgrade kepada Digi Smartplan 75V ialah langkah yang amat bijak. Tambah RM10 sahaja sudah membolehkan anda untuk menikmati 4GB data tambahan. (tidak termasuk GST).

Cara Upgrade Kepada Digi Smartplan 75?

31 Januari lepas, aku telah datang ke Digi Centre Alamanda untuk mendapatkan maklumat lanjut sekaligus upgrade plan sedia ada. Menariknya, tiada sebarang cas Deposit dikenakan untuk upgrade ke Digi Smartplan 75V.

Tapi, ada beberapa perkara PENTING sebelum anda upgrade plan anda.

Pastikan anda tidak on paket data sebaik sahaja permohonan untuk upgrade dibuat. Hanya aktifkan paket data anda setelah anda menerima mesej seperti berikut.

digi-smartplan-75-upgrade

Walaupun aku sendiri rasa seolah-olah menyusahkan, tapi inilah nasihat yang diberikan oleh khidmat pelanggan di Digi Centre tersebut. Tujuannya bagi mengelakkan kemungkinan anda dikenakan sebarang cas tambahan yang mungkin boleh mencecah ratusan ringgit.

Setelah berjaya upgrade, kouta internet sedia ada pada Digi smartplan 65V akan dimansuhkan dan digantikan dengan 7GB data dari Digi Smartplan 75V. Jadi, pastikan anda gunakan sampai habis kuota dulu baru upgrade. Kalau tidak, burn begitu sahaja. Hehe…

Ingat! had penggunaan anda juga perlu diset semula kerana perubahan plan kepada Digi Smartplan 75V sekaligus akan memadam tetapan sedia ada. Jadi, sila minta request untuk hadkan penggunaan anda seperti sebelum ini (jika ada). Macam aku, aku set kan kepada RM100, walaupun berdepan risiko talian akan disekat sekiranya mencecah RM100. Itu lebih baik daripada penggunaan lebih daripada kemampuan.

Di bawah ni ialah contoh paparan Digi Apps di peranti pintar.

digi-smartplan-75-apps

Sebaik sahaja upgrade, kadar penggunaan Digi Smartplan sebelum ini akan terus dikira secara purata dan akan dimasukkan ke dalam unbilled amount.

Sekadar itu sahaja untuk aku nak kongsi, dari segi kelajuan dan servis aku rasa masing-masing pun tahu. ataupun korang boleh baca entry aku sebelum ini Digi Smartplan 65 Review. 🙂

Bagi pengguna telco lain, korang boleh la survey dulu jika masih ragu. Boleh semak coverage digi kawasan anda ataupun review balik penggunaan internet anda sama ada berbaloi atau tidak. Bagi aku ianya pelan yang amat menguntungkan.

Tarikh akhir untuk promosi Digi Smartplan 75 ini ialah pada 29 Februari 2016

kemaskini 08 Februari 2016.

untuk semakan coverage telco di kawasan anda mana yang lebih baik boleh lah layari opensignal.com

cara semak coverage digi, celcom dan maxis

Jumpa lagi. 🙂

 

10 thoughts on “Digi Smartplan 75 Upgrade Review”

  1. kat fb ramai gak yang cakap pasal plan diig ni. lebih-lebih lagi dekat fb amanz dan celcom. bila dorang bandingkan celcom, maxis dan digi, ternyata plan ni banyak kelebihannya berbanding yg lain.

  2. Salam. Berminat tapi still tak paham dengan bayaran tu.

    Kalau tgk gambar yg awak screenshot rm 33.45. Kalau unlimited call sepatutnya tak perlu charged la kan? Ke rm33.35 tu bukan hasil dr calling?

    Katakanlah saya subscribe rm75. Lepas tu saya call je takde mesej apa semua. My bill shud be 0 la kan? Ke macam mana?

    Tak pahammm mohon pencerahan. T.T

    1. Sebelum ini saya menggunakan digi smartplan 65, disebabkan sy upgrade kepada digi smarplan 65 maka bill sy terus ditamatkan untuk 65. untuk tidak bercampur dengan bill smartplan 75, bill untuk digi smartplan sy terus dikira dengan cara purata. 65 bahagi 31/30 hari kemudian, darab berapa hari sy menggunakan smartplan 65. itu sahaja, tetapi sebab bill hanya dikiran setiap 16hb maka jumlah tersebut di masukkan kepada unbilled amount.

      Sekiranya awak subscribe 75. Maka awk hanya perlu bayar RM75 sahaja sebulan. 0 maksudnya, awk xda penggunaan lain selain free call + internet. Contohnya SMS/MMS ataupun no khas seperi 1800/1300 dll. Sbb free call hanya untuk ke telco lain n talian tetap sahaja, tp x termasuk special number.

  3. saya pengguna internet burung hantu..cukup berpuas hati kerana kualiti internet yang terbaik..

    bayar RM30 untuk data 1.5GB …dan data itu tak habis boleh bawa ke bulan hadapan pula.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.