Ini merupakan bulan kedua aku menggunakan Digi Smartplan 65. Bagi yang belum tahu, pelan DIgi Smart Plan 65 ini sepatutnya telah tamat pada 31 Okt, tetapi telah dilanjutkan sehingga 31 Disember 2015. Banyak sebenarnya kelebihan Digi Smartplan 65 ni, sehingga berjaya mempengaruhi aku untuk bertukar daripada Celcom kepada Digi. Daripada prepaid kepada postpaid buat kali pertama.
Kelebihan Digi Smartplan 65 edisi terhad.
1. Unlimited call to all network + 3GB data plan. Jadi aku tak perlu bimbang dengan kos penggunaan panggilan dan internet. Sekiranya habis kuota, aku still boleh lagi menggunakan media social seperti whatapps untuk berhubung tanpa dikenakan sebarang cas tambahan. Sekiranya perlukan kuota tambahan, boleh topup 1GB data plan dengan harga RM8 sahaja. Walau bagaimanapun validity hanya untuk 2 hari.
2. Tiada yuran pendaftaran dikenakan, sewaktu pendaftaran aku hanya perlu bayar RM68 (RM65+RM3.90 untuk GST). RM10 akan ialah stem duty manakala selebihnya RM55 akan ditolong berdasarkan penggunaan anda pada bulan pertama dan seterusnya.
3. Digi memperkenalkan smartapps yang mesra pengguna di mana mudah untuk penggunakan menyemak bagi penggunaan. Sama ada penggunaan data mahupun lain-lain perkhidmatan yang dikenakan cas seperti SMS. Kalau tak silap aku cap untuk penggunaan ialah RM200 sebulan, untuk ubah had penggunaan bulanan perlu hubungi customer services digi.
4. Jimat Sebelum ini aku terpaksa aktifkan 2 simkad dalam satu masa untuk dapatkan kos panggilan yang murah (simkad 1 malaysia) dan internet yang magic sim. Tapi dengan Digi SmartPlan 65 aku boleh dapatkan keduanya pada satu harga tetap.
Senarai Harga Pakej Digi Smartplan
Tapi ada sedikit kekurangan…
Talian Khidmat Pelanggan
Dari segi perkhidmatan apa yang aku perasan dari telco sebelum ini, customer service untuk digi kurang berbanding celcom. Untuk menghubungi talian khidmat pelanggan pun berkali-kali baru dapat bercakap dengan operator. Mungkin sebab talian khidmat pelanggan digi ni free, celcom pula kena bayar RM0.50 setiap panggilan.
Walau bagaimanapun, dari segi sokongan aplikasi Digi dilihat kehadapan.
SMS dikenakan bayaran?
Walau dikenakan cas RM0.10/SMS yang dihantar, aku kira ia bukanlah masalah yang besar kerana hari ini media social lebih mendominasi berbanding SMS. Jika tidak mahu penggunaan diluar kawalan, boleh sahaja hadkan penggunaan kepada RM100 sebulan dengan menghubungi talian khidmat pelanggan Digi.
Siapa yang sepatutnya mendapatkan Digi Smartplan 65?
Bagi aku, golongan yang sesuai mendapatkan pakej ini ialah mereka yang kerap membuat panggilan telefon. Contohnya bisnesman mahupun suami isteri yang pjj, macam aku. Hehe… Lepas register boleh lah berbual selama mana yang anda suka dan melayari berurusan melalui media social seperti whatsapp dan wechat tanpa sebarang kerisauan.
Sekali lagi diingatkan bagi yang berminat, jangan lepas peluang ini. Tawaran Digi Smartplan 65 ni terhada sehingga 31 Disember 2015 sahaja! Haha.. <– macam la digi bayar kau untuk tulis review.
—–
Maklumat lanjut sila layari http://new.digi.com.my
aku guna digi gak.
tapi prepaid.
rm30 aje.
rm28 untuk data.
sms – 2 hinggit aje. call memang jarang buat.
haha..
kalau macam tu satu group la kita. hehe.. dlu pernah pakai digi, tapi sebab time study ramai kawan pakai celcom, sebab tu tukar celcom. tapi tengok dah ada pakej ni, tukar la balik.
selepas 5 tahun kot pakai celcom. hehe
saya pakai maxis. tapi kompeni punya. bulan2 kompeni yang bayar. hahaha
untung la. hehe.. aku bayar sendiri je.
Pengguna Digi Gak amik postpaid 3GB tapi bayar RM45 je. Dapat pun sebab pengguna setia kata kan. hahaha
tapi tak da unlimited call kan? haha <--- tak nak kalah.
saya pakej apa tak ingat dah, tapi guna digi juga
ya aku guna digi , tapi tak puas hatilah pasal boss aku cuma ambil yang plan 1gb, tak sempat nak sebulan dah habis
Pingback: Digi Smartplan 75 Upgrade Review - SuhimiNain.Com