Aku cuba bersangka baik, bagaimanapun nampaknya hari-2 BNR KL (Bus Network Revamp) memang menyusahkan pengguna pengangkutan awam. Ya, amat menyusahkan. Di bawah ialah keadaan sebelum dan selepas BNR untuk Putrajaya – Cyberjaya.
Sebelum BNR (Bus Network Revamp)
1. Bas antara Putrajaya – Cyberjaya dipelopori oleh 2 syarikat iaitu rapidKL dan NadiPutra. Pengguna lebih banyak pilihan untuk satu-satu masa. Kaedah pembayaran yang lebih fleksibel sama ada menaiki NadiPutra dengan membayar RM1.50 ataupun menaiki rapidKL RM1.90 namun kualiti amat memuaskan.
2. Kadar kekearapan adalah 15-20 minit antara bas, dan bas bergerak untuk satu-satu masa ialah 2-3 buah bas. 1 rapidKL U429, 2 NadiPutra ialah JO5 dan J02. Sekiranya berlaku kekurangan bas dari salah satu syarikat masih terdapat bas lain untuk menjadi alternatif kepada pengguna, laluan
3. Laluan bas yang lebih mesra pengguna, di dalam Cyberjaya terdapat J03,J02 dan JO5. Sebagai contoh, walaupun bas rapidKL tidak menyediakan route untuk ke masjid Cyberjaya, tetapi pengguna boleh menaiki bas Nadiputra pada hari jumaat.
Selepas BNR
1. Bas dari 1 syarikat iaitu NadiPutra. Ini langsung tidak memberikan pilihan kepada pengguna, berlaku monopoli dan tiada persaingan untuk memberikan yang terbaik antara syarikat berlaku.
2. Kadar kekerapan dari berkurang kepada 30 minit. Amat mengecewakan, dahulu saya keluar pukul 5.00 ptg boleh sahaja untuk sampai ke Putrajaya sebelum pukul 5.30. Sekarang perlu menunggu lebih kurang lebih 20 minit untuk mendapatkan bas, itupun macam sardin dah.
3. Laluan bas yang tidak mesra pengguna, jauh. Sebagai contoh, hari kedua aku baru dapat tahu bahawa laluan bas untuk Universiti Lim Kok Wing telah dimansuhkan. Untuk area lain tak tahu lah. Sedangkan tempat pendidikan seharusnya diberikan akses pengangkutan awam. begitu juga sepeti Magic, Dell dan beberapa lagi kawasan yang sememang menjadi tumpuan.
4. Jumlah bas yang tidak mampu menampung penumpang dalam satu-satu masa, iaitu 30 minit untuk 1 bas. Bayangkan, bagaimana 1 buah bas boleh menampung puluh entiti (agensi, company dan universiti)? Kesannnya ramai yang terkandas kerana bas yang diperuntukkan tidak mampu menampung jumlah pengguna yang ramai.
Untuk pengetahuan pihak SPAD, sampai ada yang terpaksa duduk di atas dashboard bas. ini tak melanggar undang-undang SPAD ka? belum lagi area lain yang ada ibu mengandung, warga emas, OKU.
Komen tentang BNR?
Di atas kertas BNR amat cantik, berdasarkan pamplet yang diedarkan amat menarik. Tetapi :
1. Tiada makluman awal dibuat kepada pengguna, seminggu apatah lagi sebulan sebelum BNR dilaksanakan. Pamplet hanya diedarkan pada petang kejadian, ironinya Putrajaya terletak di bawah korridor sungai besi, tetapi pamplet yang kami dapat ialah koridor cheras.
2. BNR tidak menguntungkan pengguna, hanya menguntungkan syarikat swasta semata-mata. Perkhidmatan yang tiada persaingan menyebabkan perkhidmatan bas menjadi lebih teruk.
3. Apa yang saya lihat dari facebook SPAD sendiri, mereka hanya memuat naik gambar-gambar edaran pamplet yang sudah ditapis. sebagai contoh, kenapa hanya gambar bas-bas rapidKL disiarkan? metrobus? syarikat-syarikat lain?
Antara Komen Pengguna di Facebook SPAD?
Nak baca lagi? layari facebook SPAD di https://www.facebook.com/SPAD.my/
hhhmm~
bagus juga ada pengalaman begini
ya kak. kadang-kadang best juga naik bas ni, cuma itulah kalau da lambat/x ikut jadual macam-macam masalah jadinya. 🙂
suka juga kalau naik bas sesekali dengan anak2, tapi risau juga depa tak terkawal
itulah bas di malaysia namanya, kalau bas negara lain punctual je
dah lama tak naik bas wehh..
sejak dah kerja ni..
memang merempit atau mendrift aje la jawabnya..
haha.. nanti boleh la masuk motoGP n Grandprix. 🙂
banyak naik motor ke putrajaya, 5 minit dari rumah 🙂
tak da lesen motor. x sempat buat dlu. heee
haha kawan tambang bas pun dah tak reti nak kira hihihi
klu nak tau kira, kena la naik bas sekali sekala. haha
kalau dari Putrajaya Sentral nak ke Mid valley. Boleh naik bus apa?
tak pasti la tuan, tak pernah lagi naik bas pergi midvalley. rasanya perlu pergi KL dlu.
ataupun boleh rujuk ni ni, mungkin boleh membantu. 🙂
http://www.midvalley.com.my/locate/by-bus/