Alhamdulillah, semenjak cuti sekolah jalan nampaknya mulai lengang sedikit. Tiada lagi kereta yang banyak di atas jalan. Bagi aku sebagai pengguna penganggkutan awam (bas), ini sudah bagus. Bas akan lebih cepat sampai ke Putrajaya Sentral.
Aku? Aku duduk di Putra Damai, Presint 11 Putrajaya. Rutin harian aku waktu hari bekerja ialah keluar rumah sebelum pukul 7 pagi, naik bas L07/L08/D29 ke Putrajaya Sentral. Kemudian naik bas ke Cyberjaya, boleh pilih nak naik RapidKL atau NadiPutra. BAS U429 untuk RapidKL dan J02/Jo5 untuk Nadiputra.
Tambang RapidKL RM1.90, tak da baki kalau bayar RM2.00. Kualiti? Best. Tapi itulah, jalan RapidKL ni jauh sikit nak masuk Cyberjaya. NadiPutra dekat sini. Kalau dari Cyberjaya ke Putrajaya pula laluan RapidKL lagi dekat. huhu…
Jadi, pergi kerja naik RapidKL, balik kerja naik NadiPutra. Boleh pilih. Tapi biasanya kalau balik kerja ni mana yang sampai dulu itulah yang aku naik.
Tapi semalam turun saja di Putrajaya Sentral. (01/12/2015)
“Alamak! Apa sudah jadi!”
J02/J05 NaipUtra tak da, U429 RapidKL lagi lah. yang ada cuma 500,520 dan seterusnya. (blur).
“Ini mesti monopoli ni, siapa la punya kroni yang dapat untung.” Huhu…
Bengang juga pagi semalam baru dapat tahu bas bertukar, ramai yang blur. Patutnya seminggu sebelum tu dah ada edaran atau makluman. Ini langsung tak da. Yang ada cumalah banner dibawah.
Rasa Tertipu
Aku naik atas kejap dengan hanif beli makanan bungkus. Tapi lepas beli makanan tu, aku pergi ATM kejap. Sampai saja ATM, dekat dengan kaunter ERL. Ramai orang berbaris.
“Lambat la ni..” Bisiku hatiku sebab nak kejar bas pukul 7:30 pagi
Tiba-tiba seorang brother yang tengah berbaris di ATM tegur aku.
“Bang ada 20 ringgit tak?” (dengan muka penat).
(Apa kes pula mamat ni)
“Kad saya tak boleh pakai la. IC Problem.”
Aku pun tak faham sangat tapi aku agak dia nak bagitau yang dia buat kad bank dia pakai slip, lepas tu kategori warganegara dia problem di maybank. Kad dia tak boleh pakai.
Lepas aku bagi alasan, aku pun tak da duit. Baru nak datang cucuk.
“Tak apa la, cuba dlu.”Aku baris di belakang dia. Bila diam-diam aku intai dari belakang aku nampak
“urusniaga dibatalkan atas permintaan anda.”
“Ish! Penipu ni.” Bisik hatiku.
Lepas tu dia pandang aku buat muka kesian.
“Tak boleh la.”
Giliran aku ambil duit.
Huhu… Dipendekkan cerita.
“Nah!” RM20 melayang.
Dia kata nak balik rumah, dia kata kalau terjumpa nanti bagi balik. Tapi aku cakap.
“Tak apa la, bagi halal je la.” (Banyak baik hati kau Suhimi. Kalau bini kau tau, mesti kena pidato.)
Sampai waktu aku menulis ni, hati aku masih merontah-rontah.
“kau kena tipu suhimi! kau kena tipu!” huu…
Ikutkan hati mahu aku suruh ‘abang tu’ try balik sambil aku berdiri sebelah. hhmm~
Tapi manalah tau, dia memang betul-betul susah kan?. (cuba memujuk hati. huhu..)
Penyusunan Semula Laluan Bas Kuala Lumpur
Waktu balik kerja semalam, aku keluar lambat. Hujan. Tiada semangat nak naik bas lagi. Bas yang dulunya banyak tempat kosong sekarang sampai ada yang kena berdiri, penuh.
Petang semalam baru ada orang edarkan pamplet pasal apa yang jadi pagi tu.
Rupanya tu ialah inisiatif Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). Putrajaya adalah antara yang terlibat dalam penyusunan kali ini, tapi hanya membabitkan laluan bas antara bandar, tidak termasuk dalam putrajaya.
Dibawah ni laluan bas terkini sekitar KL yang disusun semula oleh SPAD.
Putrajaya dan Cyberjaya pula diletakkan di bawah Sungai Besi Corridor. Apa yang menarik pada penyusunan semula laluan bas kali ini ialah akan ada laluan dari Putrajaya ke Puchong Utama melalui Cyberjaya dan dari Putrajaya ke UiTM Dengkil yang bakal dibuka.
Manakala harga tambang tetap kekal seperti biasa. Diharap tiada sebarang kenaikan selaras dengan usaha kerajaan untuk memperkasakan pengangkutan awam.
oo ada susunan baru laluan bas rupanya
ya, apa bleh buat sabar je la. hehe
lama tak singgah sini, dah ada cerita baru 🙂
yup, begitu la. kalau malas apapun tak jadi. hehe
Semoga di murahkan rezeki tuan Suhimi.. barang lepas usah dikenang..hehe 😛
Amiin… 🙂
boleh tahan lama jugak aku tak naik bas sejak dah ada kereta nih.
begitulah, ikut kemampuan masing-masing. 🙂
Agak berkurun lama juga tak naik bas ke mana-mana, paling last naik bas antara bandar dulu masa study kat UPM..rasanya dah 18 tahun
nak tanye..kalau dari putrajaya nak ke uitm dengkil bas yang mane patut naik?
Setahu saya ialah Bas Nadiputra 521.
Pukul berapa bas terakhir nadiputra 521 dari putrajaya sentral ke dengkil?
pukul 9.30 malam, tapi better refer di kaunter pertanyaan kalau dah tunggu lebih 30 minit.
Bus still lambat.pless la nafi.dr jam12.45 until jam3 still xdee bus.503 so bad services.sendu.
Bus still lambat.pless la nadi.dr jam12.45 until jam3 still xdee bus.503 so bad services.sendu.