al-Jazeera melaporkan pihak suruhanjaya kesihatan China mengesahkan Virus Corona – nCov2019 telah meragut 213 nyawa dan disahkan menjangkiti 9692 orang setakat ni. – sumber
Malah 4 kes jangkitan dari manusia kepada manusia telah berlaku di Jepun, Jerman, Vietnam dan terbaru di Amerika Syarikat, sekaligus timbul kebimbangan kemampuan virus itu merebak lebih meluas.
![Corona - nCov2019: Lebih 200 Maut, WHO Isytihar 'Darurat' Kesihatan Global 1 Corona - nCov2019: Lebih 200 Maut, WHO Isytihar 'Darurat' Kesihatan Global 1](https://www.suhiminain.com/wp-content/uploads/2020/01/corona-ncov-2019-darurat-1.jpg)
Ketua Pengarah WHO, Dr Tedros Adhanom ketika siaran langsung mengumum ‘Kecemasan Kesihatan Global’ setelah novel coronavirus disahkan boleh merebak dari manusia kepada manusia di luar negara China. Setakat ini sebanyak 18 negara telah mencatatkan penularan kes Corona nCoV2019.
Corona Virus nCoV 2019
Wabak Corona Virus nCoV 2019 ini bermula di sebuah pasar di Wuhan ialah pusat Bandar Wilayah Hubei di China. Bandar ini terletak di tengah Negara China dengan jumlah populasi penduduk 11 Juta orang.
Sebagai langkah untuk mengekang Virus Corona nCov2019, pihak berkuasa China telah mengenakan perintah berkurung di Wuhan berkuat kuasa pada 23 Januari 2020. Dengan itu tiada sesiapa boleh keluar dan masuk ke Wuhan buat masa ini.
Datuk Bandar Wuhan, Zhou Xianwang turut mengaku bahawa pasukannya tidak mendedahkan maklumat tentang situasi tersebut pada waktu sepatutnya hinggakan mereka menyaksikan penyebaran koronavirus tersebut antara manusia pada skala yang besar.
Sehari sebelum wawancara berkenaan, beliau menganggarkan kira-kira lima juta penduduk Wuhan telah meninggalkan bandar itu sebelum ia dikuarantin pada Khamis lalu. (sinar Harian)
nCoV & Malaysia
Setakat ini hanya Sabah & Sarawak telah menghentikan penerbangan keluar masuk dari seluruh China. Pengumuman tersebut di buat setelah Malaysia mengehadkan kemasukan pelancong dari Wuhan dan Wilayah Hubei sebelum ini.
Sebelum pengumuman itu dibuat, 7 orang anak kapal Malindo Air yang berlepas dari Kota Kinabalu terpaksa dikuarantin di Tianjin apabila 2 penumpang mereka dikesan positif nCov-2019. (NST)
Sebagai tindakan mengekang penularan Virus ini juga Malaysia telah menggerakan pasukan kesihatan dan agensi berkaitan di semua pintu masuk negara dan menempatkan 54 alat pengesan haba. malaysiagazette.com
Mungkin ada yang skeptik tentang ketakutan terhadap wabak kali ini, namun bukan sahaja di Malaysia. Malah rakyat negara lain di dunia turut mendesak agar pelancong China dihalang terus dari memasuki negara Mereka, bukan setakat Wuhan, Hubei. Bahkan seluruh China. Hal ini kerana masih wujud kebimbangan penumpang dari China membawa virus tersebut tanpa mengalami sebarang simptom.
Berita berkaitan penularan kes domestic Corona nCov2019 di luar China.
- https://www.japantimes.co.jp/
- https://www.theguardian.com/
- https://nationalpost.com/
- https://www.thestar.com.my/