Sejak Pandemik virus Corona melanda dunia, industri penerbangan merupakan antara yang paling terjejas. Malah syarikat penerbangan negara turut tidak terlepas dari menerima nasib yang sama, dari PKP yang pertama sehinggalah hari ini. Bukan berpuluh tetapi mungkin beratus penerbangan telah dibatalkan kerana pandemik ini. Bukan sahaja penerbangan keluar negara, tetapi penerbangan domestik antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak turut menghadapi masalah yang sama.
Saya sendiri adalah antara yang melaluinya pada PKP pertama. Sehinggalah hari ini jadual penerbangan sentiasa berubah-ubah. Hinggakan menerima SMS dan E-mail pembatalan flight dari Air Asia itu biasa bagi saya. Jadi kali ini saya akan berkongsi pengalaman saya dibatalkan flight oleh Air Asia dan apa yang patut anda buat.
Apa Yang Anda Boleh Buat Jika Flight Anda Dibatalkan Oleh AirAsia?
1. Sekiranya anda belum membeli tiket flight dari Air Asia, saya nasihatkan yang pertama sekali ialah buat pembelian menggunakan akaun anda sendiri. Jangan gunakan email dan akaun orang lain untuk membeli tiket anda. Hal ini bagi memudahkan anda menerima sebarang pemakluman terkini berkaitan status flight anda.
2. Sekiranya anda menerima mesej pembatalan penerbangan dari Air Asia, Air Asia memberikan dua pilihan untuk anda. Iaitu unlimited flight changes ataupun dapatkan credit account. Saya sendiri menerima pemakluman dari SMS terlebih dahulu kemudian e-mail.
3. Bagi unlimited flight changes, anda boleh menukar waktu penerbangan anda secara tanpa had. Anda boleh melalukannya sehingga sebelum 31 Disember 2020 ataupun sehingga 48 jam sebelum flight anda. Namun anda tidak dibenarkan mengubah haluan penerbangan anda.
4. Manakala untuk Credit Account anda akan menerima pemulangan dalam bentuk kredit air asia di dalam akaun AirAsia, tempoh sah ialah sehingga 2 tahun (setahu saya). Anda boleh gunakan kredit tersebut pada bila-bila masa untuk membeli penerbangan untuk diri anda ataupun orang lain, walaupun dengan haluan yang berbeza.
5. Pergi ke https://support.airasia.com/ dan klik Chat With AVA Now. Dari menu pilihan tersebut pilih COVID-19 Flight Changes seterusnya My flight is cancelled. Anda akan diberikan beberapa pilihan, anda boleh pilih Move Flight untuk menukar tarikh & masa penerbangan atau pilih Credit Account untuk mendapatkan duit dalam bentuk kredit.
6. Antara maklumat penting yang anda perlu sediakan untuk berurusan dengan AirAsia ialah No. Booking, Nama Bapa (SurName) dan Nama Anda (First Name), Tarikh Lahir dan Email yang anda gunakan untuk membuat tempahan.
7. Jika anda memilih untuk move flight, pastikan anda menyemak terlebih dahulu jadual penerbangan yang hendak anda pilih agar lebih mudah. Catat dan barulah chat dengan AVA. Manakala sekiranya anda hendak credit account, pastikan account yang digunakan ialah milik anda bukan akaun orang lain.
8. Pastikan anda menerima email dari AirAsia setiap kali anda berurusan dengan AirAsia. Jangan sesekali senyap dan sentiasa follow up dari masa ke semasa sekirnya isu anda tidak selesai.
9. Jangan sesekali menukar tarikh melalui modify booking. Anda akan dikenakan bayaran sekiranya anda menukar melalui modify booking. Saya rugi RM200 pada bulan Mac kerana tidak membuat urusan melalui AVA.
10. Jangan sesekali abaikan makluman pembatalan dan anggap tiket flight anda hangus begitu sahaja, anda mempunyai hak untuk membuat penukaran tarikh dan masa penerbangan ataupun menuntut kembali wang anda.
Saya masih ingat kali pertama berurusan melalui AVA (AirAsia Virtual Allstar), pernah lebih 2 jam saya menunggu giliran daripada livechat AirAsia. Pernah menunggu sehingga lewat malam untuk mendapatkan LiveChat.
Alhamdulillah, sekarang masalah tersebut tidak berlaku lagi. Tadi pagi selepas saya menerima mesej pembatalan dari AirAsia, saya terus menyemak flight terkini AirAsia disebabkan saya mesti terbang pada hari yang sama. Syukur kerana ada 2 flight available dan giliran menunggu untuk livechat AirAsia tidak sampai seminit pun sudah berjaya di tembusi.
Ada Alternatif lain ka?
Ya, ada. Anda boleh pergi ke kaunter untuk berurusan. Saya pernah berurusan di kaunter KLIA2, namun urusannya hanya pada waktu siang sahaja. Walaupun bagaimanapun saya tidak galakan anda ke kaunter kecuali emergency atau kesuntukan masa, itupun disebabkan livechat berkali-kali gagal.
Sekarang AirAsia juga telah menyediakan Support melalui WhatsApp. Cubalah! https://wa.me/601135165078