Adakah anda rasa stress dengan media sosial?
Rasa terganggu dengan perkara yang viral?
Sekiranya ya, post ini mungkin bermanfaat untuk anda.
Media sosial sememang platform yang menyeronok. Namun, dalam sesetengah keadaan ianya boleh menjadi satu mimpi ngeri untuk sebahagian kita. Hinggakan setiap kali melayari media sosial, kita rasa amat terganggu dan emosi kita menjadi kurang stabil. Pelbagai berita, info dan perkara yang disuapkan kepada kita dalam satu masa.
“Apakah perlu untuk kita terima sahaja semuanya?”
“Tidak!”
Perkara Yang Membuat Saya Stress
Ringkasnya kita rasa stress di media sosial kerana perkara yang kita tidak suka.
Lazimnya ia bertukar menjadi stress apabila perkara tersebut berlaku secara berterusan atau kerap kali berulang. Lepas satu hal, satu hal lain pula muncul.. aiyah…
Bagi saya pula perkara yang membuatkan saya stress di media sosial iaitu sesuatu yang mustahil atau sukar untuk saya ubah. Antara perkara tersebut ialah kontroversi.
Lebih menyakitkan hati apabila suatu kontroversi itu sengaja dibuat untuk meraih perhatian, keseronokan & keuntungan bagi sesetengah pihak. Marahlah, caci maki sekalipun. Ianya tidak akan mengubah apa-apa. Kita hanya akan nampak lebih hodoh dan kurang siuman jadinya. Semakin orang ramai marah, semakin mereka suka. Menari-nari di atas kemarahan orang lain. Cacian, makian dan perhatian. Itulah yang mereka hirup untuk terus hidup.
Hanya dengan memulaukan saja mematikan mereka.
Oleh itu kita perlu tahu cara untuk mengatasinya!
Pada mulanya saya pun tidak perasan, namun lama kelamaan saya mulai belajar sesuatu dan saya tahu saya perlu buat sesuatu.
“Kenapa saya perlu menderita untuk kegembiraan mereka?” (mau jadi haters?)
“Apakah dengan bergembiranya mereka maka saya perlu derita?”
Bagaimana Cara Saya Mengatasi Stress Di Media Sosial?
Terus terang saya katakan, saya tidak boleh menjauhi media sosial. Maka tips untuk saya menutup smartphone tidak laku di sini.
Apa yang saya buat ialah saya mula mengelak daripada perkara-perkara menjurus kepada individu, organisasi & perkara yang saya tidak suka. Ini adalah media sosial saya, saya punya hak untuk gembira. Kenapa saya perlu derita dengan melihat benda-benda yang saya tidak suka berlegar di dalam circle saya?
Hinggakan apabila ada kawan-kawan bercerita mengenai individu, organisasi & perkara yang saya tidak suka, maka saya akan diam atau mengelak dari menyentuh perkara-perkara tersebut. Sebut nama pun jauh sekali. Pendek kata, saya memang tidak respon lah. Tukar topik. Hehe..
Ada juga perkara yang saya tahu, tapi saya buat diam saja. Bukan sebab saya tidak tahu, tapi saya memang tidak mahu untuk respon. Kerana saya tahu, jika saya respon, maka perkara tersebut akan bermain dalam kepala saya. Jadi saya biarkan berlalu saja.
Saya juga mula dengan hide, snooze, unfollow, unfriend & block sesiapa sahaja yang boleh mengingatkan saya tentang perkara yang saya tidak suka. individu pages & group. jika iklan saya akan hide atau report jika terpaksa!
Pernah suatu ketika saya unlike & block pages-pages berita, parti & ahli politik kerana tertekan dengan situasi politik yang melanda negara kita.
“Masa saya sangat berharga”
Kenapa saya perlu bazirkan untuk memikirkan perkara yang sudahlah tidak menguntungkan, membazir dan menyakitkan hati saya. Saya mahu fikirkannya? sedangkan mereka (pages, influencer, group) sendiri tidak pedulikan tentang saya. Mereka hanya pentingkan duit dan rating, masyarakat sakit hati peduli apa!
Jadi saya filter siap-siap!
saya juga friend, follow, like & favourite perkara yang menarik hati saya. Antara yang saya follow ialah pages kucing, lawak, memes, wayang, memasak dan seumpamanya.
Jika ada friend request, saya akan lihat terlebih dahulu. Ada keperluan atau tidak. Jika tidak biarkanlah saja. Lagipun status saya adakalanya public juga. Sesiapa sahaja boleh baca & respon.
Ingat ya, tidak semestinya semua request kita perlu terima. Adakalanya lebih baik tidak kenal dari kenal agar semuanya akan baik-baik saja. Lagipun apabila semua kita mahu terima dan gembirakan, percayalah disitulah antara titik-titik bermulanya stress di media sosial.
Saya juga manusia biasa, apabila muncul bisikan-bisikan yang kurang enak seperti…
“Dia ni show off saja la.”
“Malar juga selfie.”
Maka saya pun akan lakukan hal yang sama, iaitu snooze, unfollow, hide dan akhir sekali unfriend. apa lagi beliau sendiri tidak like & komen status saya pun tidak. bermakna dia pun tidak berkehendak fan berkeperluan. haha… bukan saya mahu bermusuh, tapi untuk kebaikan saya sendiri juga. Memelihara saya dari didatangi bisikan-bisikan yang mungkin boleh merosakan hati saya, sekaligus merosakan hubungan sesama manusia.
Bukankah begitu?
Usah “Overthinking”
“kalau buat macam ni apa nanti orang fikir ya.”
“nanti orang cakap gemuk pula.” (kurang keyakinan diri la pula. haha)
Dalam media sosial ni kita jangan fikirkan sangat pasal orang. Selagi mana kita tidak melakukan kesalahan. Lakukan sahaja. Boleh jadi mereka langsung tidak memikirkan apa yang bermain dalam fikiran kita, perasaan kita saja! hehe..
Sekiranya ada orang yang tidak suka, maka mereka juga punya pilihan untuk unfollow, snooze, hide & unfriend kita. Masih² punya pilihan.. Kita pun kena faham la, apabila mereka lakukan hal yang sama dengan kita, mereka juga berhak bahagia.
Jangan pula bermasam muka. Putus di media sosial, bukan berputus di media masa. Kalau ada perseteruan peribadi, maka itu lain cerita.
“Eh!! Kena unfriend??”
Jadi janganlah ambil hati! 🙂
Kesimpulan
Pilihan untuk gembira di media sosial ni ada di tangan kita masing². Developer media sosial telah sediakan fungsi-fungsi yang saya sebutkan, maka gunalah dengan sebaiknya.
Jangan sesekali harap orang lain akan gembirakan kita. Kitalah yang kena gembirakan diri sendiri. Haha…
Lihat yang baik-baik, dengar yang baik-baik, baca yang baik-baik. Semoga semuanya baik-baik.
Jadi itu sahaja perkongsian saya, Kalau anda ada masalah yang sama dengan saya. Try lah! insya’Allah akan membuatkan media sosial anda lebih aman dan tenang.
Jumpa lagi!