kalau dulu mahu belajar satu ilmu kita kena masuk kelas atau kuliah. selain itu kita kena luangkan masa duduk di perpustakaan baca buku atau baca surat khabar.
kemudian ada muncul zaman kaset dan cakera padat, ada yang membeli kaset dan video ceramah supaya dapat mendengar kuliah.
seiring dengan peningkatan teknologi internet hari ini penyampaian ilmu semakin terbuka.

kepelbagaian platform pada hari ini menjadi memberi ruang dan peluang untuk pelbagai kelas manusia menikmatinya mengikut selera dan cita rasa masing-masing.
ada yang suka membaca blog,
ada yang suka dengar podcast,
ada yang suka tengok video.
paling penting ianya boleh dibuat di mana-mana saja, sama ada berbaring, duduk ataupun berjalan.
bahasa dan tempat juga bukan lagi halangan buat kita. kita di malaysia boleh mendapatkan ilmu dari rakan-rakan kita di indonesia. kalau tidak mahir berbahasa asing pun, kita boleh gunakan translator, kita ada ai untuk memudahkan semuanya.
mahu belajar ilmu apa?
ilmu dunia? ilmu akhirat?
sains, fizik, biologi, kimia, teknologi, ekonomi, matematik, geografi, sejarah, falsafah, kesihatan dan banyak lagi cabang ilmu..
kadang saya terfikir betapa beruntungnya kita pada hari ini, pintu ilmu terbuka luas untuk kita.
tiada duit? tiada masalah, ada ilmu yang berbayar, ada yang percuma. di youtube, udemy, tiktok, facebook dll. kita pilih saja mahu mulakan di mana..
namun, sebesar mana pun gedung ilmu yang ada, semuanya itu berbalik kepada sikap kita terhadap ilmu. Ai yang canggih pun tidak akan memberi output tanpa input dari kita.
dapat sesuatu?
