Kadang-kadang rezeki ada dalam tangan kita, apa yang kita terima atau dapat bukan milik kita.
Tapi sekadar singgah sementara, tapi kita tahan rezeki itu kerana sifat kedekut, tamak atau kerana lupa bahawa di dalam tangan kita, ada rezeki orang yg berhak memilikinya. Akhirnya bila sampai masa, Allah menarik bahagian itu dari diri kita dengan cara yang kita tidak jangka mahupun suka.
Ditimpahkan kesusahan dan kecelakaan, agar kita sedar semuanya bukan milik kita. Mungkin juga Allah hendak mengingatkan kita, sibuk mengumpul harta sebanyak-banyaknya. Sehingga lupa harta yang sebenar-benarnya, yang boleh dibawa ke kubur untuk bertemu-Nya. Amalan kita. Terima Kasih bg yg ucapkan selamat hari jadi utk aku semalam (27 hb).
Berilah peringatan, sesungguh peringatan itu berguna bagi orang-orang beriman.
Terima kasih tuan. Sebagai manusia kita setiap hari perlu saling mengingati. 🙂
ya, tuan. sebab tu kita kena cari kawan yg baik, dorang ni la yang akan selalu bagi peringatan. 🙂
Yang kita sedekah dan infaqkan itulah pasti milik kita
pasti dan pasti, tuan. 🙂
yap.
tak semua mangkuk cendol kat banting tu rezeki gua.
hoho..
sorry tuan, lmbt approve. komen masuk spam, xtau np. huhu… pakai akismet sj utk tapis tu yg jadi mcm tu kot.
yg pasti, side income dr blog masih berterusan. 😀
betul tu. milik kita, tapi tak semuanya rezeki kita. banyakkan memberi nanti Allah akan gantikan dgn yg lain
sebab tu orang yang selalu memberi, pasti tak akan papa. jadi kaya lagi adalah! Terima kasih atas peringatannya.. 😀
selamat hari lahir (walaupun dah 3 bulan kan) hehehe
semoga impian dan harapan bakal jadi kenyataan, insyaAllah
terima kasih! Amiin… 🙂
btol tue..mcam saya ..saya percaya rezeki Allah yang beri..jadi saya redha dengan segala ketentuan ALLAH
semoga rezeki-Nya terus melimpah untuk kita semua. Amiin.. 🙂
nampak macam rezeki kita, tapi kadang kadang ianya milik orang lain.
betul, hakikat yg selalu kita lupa. sebab tu bila terlepas, kita selalu kecewa.
saya setuju tuan. sebab tu kita kena sedekah certain portion dari rezeki kita tu kat orang lain. Sebab tu memang hak orang lain..bukan hak kita.
Lebih banyak kita memberi maka lebih berganda-ganda lagi kita terima..