Cuti Peristiwa 8 Julai 2016, Pelepasan Khas Sempena Hari Raya

Nampaknya cuti Peristiwa Pelepasan Khas Sempena  8 Julai 2016 telah disahkan.

 cuti peristiwa 8 julai 2016, pelepasaran khas sempena hari raya

Dipetik dari Facebook Dr. Ali Hamsa.

PELEPASAN KHAS DARIPADA BERTUGAS PADA 8 JULAI 2016 (JUMAAT) SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI

Sukacita saya memaklumkan bahawa Kerajaan telah bersetuju untuk memberikan pelepasan khas daripada bertugas pada hari Jumaat, 8 Julai 2016 kepada pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan sekiranya Hari Raya Aidilfitri diisytiharkan pada 6 Julai 2016.

Walau bagaimanapun, pelepasan khas daripada bertugas ini tidak terpakai sekiranya Hari Raya Aidilfitri diisytiharkan pada hari Selasa, 5 Julai 2016. Saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada YAB Dato’ Sri Perdana Menteri kerana bersetuju dengan cadangan ini daripada penjawat awam khususnya CUEPACS.

Sehubungan ini, orang awam yang merancang untuk mendapatkan perkhidmatan Kerajaan pada hari pelepasan khas tersebut digalakkan untuk mengunjungi Jabatan dan Agensi yang berkenaan sebelum cuti umum Hari Raya Aidil Fitri. Semoga penjawat awam dapat memanfaatkan pemberian pelepasan khas daripada bertugas untuk meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga dan seterusnya memberikan perkhidmatan yang terbaik dan produktif apabila kembali bertugas di Jabatan dan Agensi masing-masing.

( TAN SRI DR. ALI BIN HAMSA )
Ketua Setiausaha Negara
30 Jun 2016

.

– kemaskini –

  1. Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan sahaja.

.

Alhamdulillah.

4 thoughts on “Cuti Peristiwa 8 Julai 2016, Pelepasan Khas Sempena Hari Raya”

    1. bergantung kepada majikan masing-masing.

      sebab ada certain majikan swasta yang memang nak bagi cuti 08 julai walaupun KSN tak umumkan benda ni.

      macam ni pula “pelepasan” untuk penjawat awam.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.