Diana Amir Bertudung Selepas Mimpi Kiamat

Diana Amir Bertudung Selepas Mimpi Kiamat 1
Foto ini dipetik dari Twitter Wardina Saffiyah.

Ingat tak filem Aku Masih Dara? Ingat tak ayat di bawah?

“Ala, orang pakai tudung sekarang ni pun sebab nak tutup lovebite je”

Bagi kaki filem pasti anda tahu babak-babak ni. (huhu…) Scene tu merupakan scene yang paling !@#$%^&* dalam filem Aku Masih Dara.

Menurut cerita Diana Amir, orang yang melakon babak tersebut telah mula memakai tudung setelah berkali-kali mimpi kiamat sejak kebelakangan ini. Takut dengan mimpinya, dia mula mendapatkan nasihat dari kawan-kawannya, termasuk rakan selebriti seperti Wardina dan Irma Hasmie dan dia mula memakai tudung Isnin lalu.

“Saya ambil keputusan ini kerana saya sudah beberapa kali sejak tiga bulan yang lalu diberi petanda dan mimpi buruk tentang hari kiamat. Dan mimpi-mimpi tersebut juga mengingatkan saya tentang kematian yang semakin hampir dan perkara itu sering membelenggu hidup saya beberapa bulan kebelakangan ini.”

Tambahnya lagi

“Saya tak tahu kenapa perkara itu berlaku kepada saya, mungkin Allah ingin memberi petunjuk dan saya menceritakan semuanya kepada seorang rakan. Namun selepas itu rakan saya yang berhijrah lebih awal daripada saya.”

Diana turut memberitahu dia hanya akan menerima watak-watak lakonan dengan sesuai dengan imejnya sekarang.

Sebelum ini ramai lagi artis-artis yang mula mendekatkan diri untuk mendalami islam, antara Bob Lokman, Syam (Kamikaze) dan beberapa ahli kumpulan vocal antaranya Saiful Amir Abdul Wahab (Pot Innuendo), Abdullah Ahmad (Lah VE), Zafri Nazarudin (Zaf VE), Azan Addin Abdul Wahab (Azan Ruffedge) dan Amer Munawer Yusoff (Amer Ruffedge) yang telah membentuk kumpulan al-Mawlid setahun lalu.

p/s:sekali sekala tulis pasal artis

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.