“Hebat la! Dari mana U belajar?”

Hari ini mengantuk di office lagi, sudah 4 saket nescafe aku bancuh hari ni. Suasana sedikit lengang, ada yang masih bersarapan. Jam menunjukkan pukul 9.12 am. Menunggu email untuk dikemaskini, kadang-kadang macam biskut, sekejap ada sekejap tak da. Tapi, ada certain masa sedebuk datang. Melimpah-limpah inbox. (kononnya la). Poster yang en saif pesan minta design pun belum siap lagi. Apa nak jadi, lepas ni ada lagi job lain. Buat design untuk JDS 2013 pula. (Apa itu JDS, biar orang tertentu saja yang tahu.) Haha..

"Hebat la! Dari mana U belajar?" 1

Semenjak minggu lepas, sudah mula bermain dengan PHP coding. sekali lagi kena dengan penangan PHP. Mula-mula ingat mau buat form, (borang pengesahan pembayaran). Lepas buat form tu, terfikir pula mau onlinekan aplikasi tu di facebook. Dapatlah juga tutorial macam mana mau buat orang boleh add aplikasi fb tab yang kita buat tu ke page dorang. Tapi, tidak semudah yang disangka. Rupanya perlu kos juga untuk bangunkan aplikasi facebook sekarang ni, sebab kalau mau sendiri ni mesti ada SSL. Dengan mewajibkan SSL, Facebook boleh pastikan bahawa data yang ditransmit dari aplikasi tu ke server developer tidak dicuri melalui aktiviti sniffing dll. huhu…

Kelmarin pula, berfikir macam mana PHP menjana PHP? sebab kalau mau buat aplikasi ni, mesti ada Installer.Dengan adanya installer wizard ini akan memudahkan lagi pengguna untuk setup aplikasi ni pada host masing-masing. Just upload, setup dan pakai. Tiada aktiviti coding diperlukan. 🙂

Ini bukan project orang expert ok? Ini cuma project newbie, atau R&D. Hasilnya belum tahu lagi kerana bergurukan Professor Youtube, Dr. Google dan Mr. stackoverflow. Kalau berjaya, Insya’Allah ada la hasilnya nanti. Kalau senyap? Faham-faham sendiri sudah la! Haha..

Kisah benar, seorang kawan memiliki masalah gadget. Lepas tu dia pergi la lowyat untuk settle masalah gadget tu.

“Hebat la! Dari mana U belajar?” Dia memuji cina tu.

Simple saja jawapanya…

“Youtube ma!”

|!@#$%^&*

Sekadar update blog. 🙂

p/s: kadang teringat kampung, macam mana agaknya dorang mama, bapa & adik-beradik aku di rumah?

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.