Dalam keadaan Politeknik sekarang ini, PRK yang dinantikan untuk bangkitnya satu ‘gerakan reformist’ (harap² ada) bila-bila masa sahaja akan menjelma. Aku ingin membawa para ‘pejuang²’ Politeknik KK untuk menjadi pemerhati yang bijak dalam PRK tersebut nanti. Berikut ialah kaedah pengumpulan maklumat.
1. ADIL DALAM MENGUMPUL MAKLUMAT.
Kita perlu dengar daripada kedua-dua pihak ataupun semua pihak. Contohnya, kalau kita tengok TV3 saja, tak adil la jawapnya. Kita perlu tengok AWANI juga. Lagipun, kalau tak semestinya yang ‘kanan’ itu semestinya ‘putih’ dan ‘kiri’ itu semestinya ‘hitam’.
2. MEMASTIKAN KESAHIHAHAN MAKLUMAT.
Setiap informasi yang diperolehi mestilah dipastikan keasliannya. Sumber boleh dipercayai. Hal ini kerana disebabkan kesilapan ini, maka kita yang bertindak sebagai pemerhati akan terjebak ke dalam kebodohan secara tidak sengaja.

3. BERSIKAP PROFESSIONAL.
Semasa proses menilai sesuatu maklumat daripada kedua-dua pihak, kita mestilah bersikap professional. Tidak mudah terpengaruh oleh perasaan hati kita. Teknik, ini turut digunakan oleh para kaunselor. Iaitu ‘emphaty’. Jika perlu, buatlah keputusan secara berpasukan.

4. MEMOHON PERTUNJUK DARIPADA ALLAH.
Ini adalah proses terakhir. Proses ini amat perlu sebagai kebergantungan kita kepada zat Sang Pencipta kerana Dia-lah yang mengetahui apa yang terjadi dilangit dan di bumi.
Lebih baik lakukan kajian dalam berkumpulan begitu juga keputusan lebih baik dilakukan secara bermusyawarah kerana gerak kerja sedemikian lebih selamat dan menjimatkan masa dan tenaga berbanding secara individu. Dalam Islam proses ini ada dua pahala. Iatu pahala bermusyawarah dan pahala keputusan yang betul. Adapun jika silap keputusannya maka akan mendapat satu pahala sahaja iaitu pahala bermusyawarah.
P/S: Proses pemerhati ini boleh dipraktikan bagi yang nak mencari pasangan hidup.