Jangan Kau Toleh Kembali

Tak ada insan yang sempurna, tak ada insan yang bisa terlepas daripada dosa. Yang berlalu biarkan ia berlalu, yang pergi biarkan ia terus pergi. Segalanya sudah terjadi, tiada makna lagi untuk engkau tangisi. Apakah dengan kesedihan semuanya dapat dipulihkan? Apakah dengan kemurungan itu segala bisa kembali semula? Hentikanlah berkata “andai dapat ku undurkan putaran dunia…”
Kesedihan itu hanya akan membunuh hatimu, menyesakkan hidup mu  lantas memadamkan nikmat Allah dari penglihatan mu. Bangunlah wahai insan, pandanglah ke hadapan. Jangan Kau toleh kembali… berdirilah untuk terus memperbaiki keadaan diri. Jangan kau hina diri, jangan kau buang diri mu kerana Allah masih menyangimu, memberi waktu dan masa untuk mu, memberi rezeki dan hidup untuk mu. Jangan kau putus asa!
Firman Allah :
“…dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah kerana sesungguhnya tiadalah yang berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.”( Surah Yusof : 87)

Rahmat Allah masih terbentang luas di dalam hidup mu. Masa, rezeki, tempat tinggal, keluarga dan yang penting sekali ialah kamu masih ada iman. Jadi, berilah peluang kepada diri mu untuk gembira, jangan kau… Merenung masa lalu hanya akan menggali kembali satu kegilaan. Allah sentiasa menyayangi hamba-Nya termasuklah kamu. Dan ingatlah pintu pengampunan Allah masih terbuka. Lebih luas daripada langit dan bumi… percayalah kepada-Nya. Bersabarlah dalam menempuh kehidupan kerana Allah sentiasa bersama orang-orang yang sabar!

Bangkitlah kembali, letakkan diri mu semula dalam pandangan Ilahi. Berdo’alah kepada Allah nescaya diperkenankan, Dialah yang Maha Pengampun juga Maha Mengasihani. TAKBIR!! [ALLAHUAKBAR]

Aku sentiasa menyokong mu!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.