Ada seorang gadis menyewa rumah bersebelahan dengn rumah seorang ibu miskin dengan 2 anak. Satu malam tiba-tiba mati lampu, dengan bantuan cahaya handphone dia ke dalam mahu mengambil lilin. Tiba-tiba ada yang mengetuk pintu, ternyata itu anak miskin di sebelah rumah.
Anak itu bertanya dengan risau,
“Kakak, ada lilin tak?”
Gadis itu berfikir. JANGAN PINJAMKAN nanti jadi satu kebiasaan, maka si gadis meninggikan suaranya.
“TIDAK ADA!”
Ketika itulah si anak miskin berkata riang.
“Saya sudah agak akak tidak ada lilin. Ini ada 2 lilin saya bawakan untuk kakak. Kami bimbang kerana kakak tinggal sendirian dan tidak ada lilin.”
Si gadis merasa bersalah, dalam linangan air mata, dia memeluk anak kecil itu erat-erat.
sumber : ohmedianetwork