KAMI MEMBANTAH PROMO IKLAN RAYA AIDILFITRI TV3 2010 Dilancarkan!

Rentetan dari penyiaran iklan aidilfitri yang kontroversi telah meletusnya kemarahan umat Islam di Malaysia. Semua page atau group Facebook yang mempunyai kaitan dengan TV3 telah diserang bertalu-talu oleh rakyat Malaysia termasuk peminat/ahli TV3 sendiri..

Dilaporkan juga, ramai peminat berdaftar TV3 di laman berkenaan telah diban dari memasuki page terbabit akibat tidak tahan dengan asakan supaya TV3 menarik balik iklan tersebut, serta menuntut permohonan maaf dari pihak TV3 kpd seluruh umat Islam. Dikatakan iklan tersebut memiliki unsur khurafat! (nampak memang betul TV3suku)

Luahan rakyat Malaysia di page berikut, MyTV3, TV3MALAYSIA, Tv3malaysia dan banyak lagi…

Sementara itu, akibat tidak dapat menahan marah terhadap sikap TV3 yg membisu terhadap isu yang mereka cetuskan dua laman facebook bagi membantah tindakan TV3 meluluskan iklan khurafat ini telah diwujudkan.

KAMI MEMBANTAH PROMO IKLAN RAYA AIDILFITRI TV3 2010  dan Protes Tv Tiga/Media atas iklan terlampau telah dilancarkan bagi menyatakan kemarahan mereka kepada TV3. klik di sini

Razali Mohaiyin pengasas kepada page KAMI MEMBANTAH PROMO IKLAN RAYA AIDILFITRI TV3 2010 membuat kenyataan bahawa mereka akan membuat laporan Polis di Balai Polis Kuala Lumpur secara beramai-ramai berkenaan isu iklan terbabit.

KAMI MEMBANTAH PROMO IKLAN RAYA AIDILFITRI TV3 2010 Dilancarkan! 1

Bagi peminat-peminat teori konspirasi mereka telah menafsirkan iklan ini dengan dipenuhi oleh ‘kebetulan’. Ia telah dikaitkan dengan New World Order yang bersangkut paut dengan iluminati dan pelbagai lagi teori. boleh baca di sini

Pun begitu, dari sudut pandang penulis, sehebat mana pun teori konspirasi ia hanyalah tafsiran fantasi tanpa hujah konkrit yang berpijak di bumi. Ada kemungkinan ia disebabkan kejahilan pihak tertentu yang tenggelam dengan dunia fantasinya sendiri, sementara sikap pihak media yang lebih mementingkan keuntungan semata hingga ‘terlupa’ nilai-nilai sesebuah agama. Sepatutnya kita lebih dahulukan pemasalah akidah dalam hal ini bukan teori konspirasi bagi meraih populariti. Wallahu’alam…

* update : iklan telah ditarik balik

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.