Keputusan Malaysia vs Singapore 28 Julai 2011 [Video]

Jaringan gol pembukaan oleh Safee Sali

Malaysia seri 1 sama dengan Singapura pada malam ini, namun tewas dengan agregat 6-4 hasil daripada kekalahan ditempat lawan tempoh hari. Berkubur lagi harapan Malaysia untuk mara ke piala dunia, empat tahun lagi. Sungguh menyecewakan, namun itulah yang patut ditelan. Apapun tahniah kepada pasukan Malaysia, terutama sekali penjaga gol, khairul fahmi che mat.

Sedikit komen mengenai permainan Malaysia pada malam ini, pemain pertahanan kita bermain dengan kurang kemas pada malam ini. Manakala bahagian hadapan pula hanya berharap kepada kehadiran Safee Sali semata-mata untuk membolosi pihak lawan. Bagaimanapun, jika dilihat jaringan pada mala mini Gunalan adalah pemain yang memainkan peranan besar bagi memastikan Safee Sali mendapat peluang tersebut.

Di harap kesilapan yang dilakukan oleh pemain pertahanan Malaysia pada malam ini tidak terus berulang. Disamping posisi kapten pasukan sebaiknya diubah, kerana posisi Safee Sali sebagai kapten pasukan kebangsaan jelas menyukarkan Malaysia untuk menukar corak permainan kerana lebih banyak bermain di kawasan pihak lawan.

Jaringan penyamaan oleh Singapura

Secara keseluruhannya, tetap berterima kasih untuk Harimau Malaya kerana masih tidak putus asa dan masih berusaha untuk bangkit pada pusingan kedua.Tak apalah Malaysia kalah, tapi kita masih bermaruah! 100% Malaysian bah! Not Foreigner$! Tak macam orang tu, banyak ‘pura-pura’ saja. Eerrghh!! (mengaum?)

Sekian…

Aku tak pandai main bola, tapi semenjak tengok Malaysia jadi juara di Piala Suzuki minatku terhadap Harimau Malaya mula berputik.^^

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.