Kisah Doktor Yang Dianggap Durjana

Kisah Doktor Yang Dianggap Durjana 1

Seorang doktor meluru masuk ke ruang hospital dalam keadaan tergesa-gesa selepas mendapat panggilan kecemasan dari pihak hospital. Dia menukar pakaian dan terus meluru ke blok pembedahan. Dia mendapati ayah kepada budak yang berada dalam bilik pembedahan sedang berdiri menunggunya. Apabila si ayah melihat doktor itu, dia terus berteriak..

“Kenapa kamu ambil masa yg lama untuk datang..?? Kamu tahu tak anak saya dalam bahaya sekarang nie..?? Kkamu tak ada rasa bertanggungjawab ke..?”

Doktor tersebut tersenyum dan berkata :

“Saya minta maaf, saya berada di luar hospital & sy datang sepantas yg mungkin selepas mendapat panggilan kecemasan tu..dan sekarang, saya harap anda bertenang..jadi, saya dapat buat kerja saya..”
“Bertenang kamu kata..?! Kalau anak kamu berada dalam bilik 2 skrang nie, bolehkah kamu bertenang..?? Kalau anak kamu mati sekarang nie apa yg kamu buat..??” Kata si ayah dengan marah.

Si doktor tersenyum lagi & berkata :

“Saya akan kata bahawa Allah telah berfirman dalam kitab-Nya yg suci “Daripada Allah kita datang dan kepada-Nya kita kembali”. Doktor tak mampu utk memanjangkan hayat seseorang..Insya-Allah kami akan cuba yg terbaik utk anak kamu..”

“Memberi nasihat bila kita tak mengalaminya memang senang..!” Gumam si ayah.

Pembedahan tu mengambil masa beberapa jam. Tak lama kemudian, si doktor keluar dengan gembira.

“Alhamdulillah.. Anak anda selamat..!” Dia terus berjalan tanpa menghiraukan si ayah “Kalau kamu ada sebarang soalan..kamu boleh tanya jururawat..!”

“Kenapa doktor tu sombong sangat..?! Tak boleh ke dia tunggu beberapa minit supaya saya dapat tanya beberapa soalan tentang anak saya..?!” Komen si ayah selepas melihat jururawat..

Jururawat itu berkata sambil air mata mengalir di pipinya : “Anaknya meninggal dunia semalam dalam kemalangan jalan raya… Dia berada dlm upacara pengebumiaan anaknya ketika kami menghubunginya untuk pembedahan anak encik..dan sekarang dia telahpun menyelamatkan nyawa anak encik, dia tergesa-gesa untuk menghabiskan upacara pengebumiaan anaknya..”

sumber : Jom Kuatkan Iman Kita

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.