Kali ini aku nak kongsi pula cara untuk memilih platform platform blog yang tepat. Antara platform yang terkenal ketika ini ialah blogger.com dan juga wordpress (hosted). Bagi korang yang mahu berjinak-jinak dalam penulisan blog, boleh la ikut 4 langkah di bawah ni bagi untuk membuat pertimbangan.
4 Langkah Memilih Platform Blog Yang Tepat
LANGKAH 1 : Tetapkan Matlamat Menulis Blog
Adakah korang menulis blog untuk suka-suka ataupun jangka panjang? sekiranya korang tak serius dalam menulis blog dan baru nak berkenalan dengan blogging? Adalah lebih baik korang bermula dengan platform percuma terlebih dahulu.
Usah terburu-buru untuk menggunakan blog premium, melainkan korang dah pernah berblog sebelum ini dan bersedia untuk kerja-kerja blogging yang lebih serius. Aku pun dulu sama juga, aku migrate daripada blogspot ke wordpress (hosted) selepas membuat keputusan untuk serius dalam blogging.
LANGKAH 2 : Sediakan Bajet Pengurusan
Sekiranya korang tak menetapkan sebarang bajet bagi menampung kos blogging, Bloggger.com ialah platform yang paling tepat. Korang tak perlukan sebarang kos, melainkan perlukan jaringan internet. Bahkan hanya dengan menggunakan akaun google korang boleh mendaftarkan seberapa banyak blog yang korang suka tanpa dikenakan cas, tak kira la korang daftarkan blog untuk hobi ataupun percubaan yang penting korang jangan pening sudah.
Sedangkan dengan menggunakan platform wordpress korang perlu sediakan bajet bagi menampung kos bagi sewa hosting dan domain, sama ada secara bulanan mahupun tahunan.
LANGKAH 3 : Ketahui Keperluan Asas Blog
Sekiranya korang memerlukan blogging yang lebih advance wordpress ialah jawapan. WordPress memiliki kelebihan lain berbanding blogger.com, pengguna boleh mengoptimasikan penggunaaan themes dan plugins bagi pemasangan fungsi-fungsi yang lebih advance. WordPress boleh berubah bentuk kepada banyak jenis web yang dinamik, korang boleh pasangkan galeri, portfolio, contact form ciri-ciri yang blog mungkin korang perlukan.
Tapi jika sebaliknya, boleh la gunakan blogger.com sahaja. Tak perlu bazirkan duit untuk mendapatkan platform yang mahal-mahal sekiranya fungsi blogging yang korang perlukan hanya sekadar untuk menerbitkan post dan menggunakan widget-widget asas sahaja.
Nak nampak premium? Daftarkan saja custom domain korang di NetKL.Com, dengan harga RM38 bagi tahun pertama (3 kos pemasangan) dan RM35 untuk tahun seterusnya. Tak perlu pening kepala. Just buat pembelian, dan berikan maklumat blogspot korang. Biar dorang settle kan. 🙂
LANGKAH 4 : Tingkatkan Tahap Penguasaan Platform
Dapatkan rujukan-rujukan bagi platform blog yang korang nak gunakan. Bagi pengendalian blogspot mungkin korang tak ada masalah sebab ianya lebih mesra pengguna, tapi bagi platform wordpress korang kena tahu sumber tutorial dan rujukan. Aku cadangkan Video Pantas – Bina Website/Blog WordPress Anda Dalam Masa 24 Jam untuk panduan yang lengkap dan menjimatkan.
Kalau korang nak cari di google dan youtube bukan tak boleh, tapi makan masa untuk korang cantum-cantumkan jadi panduan yang lengkap.
Kesimpulannya…
Nak pilih platform blog ni tak susah mana sebenarnya, mudah! 🙂 Cuma dari kita saja, nak serius atau tak nak serius? nak rugi atau nak untung? Semuanya berbalik kepada diri sendiri. Kalau rasa ia satu pelaburan yang menguntungkan, apa salahnya untuk berkorban.
Yang penting platform blog yang korang gunakan berbaloi dan memenuhi keperluan korang dalam nak mencapai matlamat korang dalam menulis blog.
========================= IKLAN =========================
Berminat mempelajari wordpress? Dapatkan Panduan di bawah! 🙂
blogspot juga ada kelebihan tersendiri. dan mungkin lbh disayangi google. sbbnya blogspot adalah produk mereka…
semestinya, mungkin ini juga sebab Hasrul Hassanterus bertahan dengan blogspot. 🙂
saya bermula drp joomla. then pindah ke wordpress. pastu try godek2 blogspot yg free tu. hehehehe…
aku perlu dulu pun pakai joomla, tapi untuk buat projek akhir la time study. 🙂 lepas tu terus lupakan. susah, tak mesra pengguna.
Saya bermula dengan platform Blogspot selama 3 bulan.. Lepas tu tukar ke WordPress self-hosted dan kekal sampai sekarang..
pergh, cepat buat keputusan. sy baru tahun guna wordpress self-hosted,hehe…
saya pilih wordpress, banyak kelebihan plugin.
semestinya tuan. yg penting perbelanjaan berbaloi dengan keperluan. 🙂
masih guna blogspot lagi pernah punya wordpress tapi tak paham asas seo wordpress jadi dibiarkan saja domainnya
kalau wordpress self hosted yang tuan maksudkan, tuan boleh gunakan plugin Yoast. ialah lebih mudah untuk tingkat seo blog tuan. 🙂
terimakasih nanti saya akan guna domain tinggal saja tak pernah di update blog selfhosting aku
Haa..saya mula dgn Joomla tahun 2006 dulu. Pastu pindah ke WordPress.com pastu pindah ke WordPress self hosted sampai sekarang. Blogspot pun guna, tapi tak rajin mana sebab bagi saya ia sedikit susah nak optimize.
samalah, sbb kelebihan WordPress (self-hosted) ni lebih fleksibel & dinamik, blogger boleh optimize banyak features untuk tingkatkan pengalaman blogging. 🙂
Blogger.com sangat sesuai bagi mereka yang kurang bajet..bila dah ada bajet jangan takut pula berpindah ke WordPress kerana ia menjanjikan kepuasan berblogging
betul tuan. 🙂
saya teringin la nak ke WP..
setuju sgt..in the end, kesungguhan n sejauhmana kita serius tu yg paling penting. hehe
Terima Kasih Puan. kalau boleh biar perbelanjaannya ada pulangan. baru namanya pelaburan. 🙂
terus guna wodpress berbayar.
malas nak guna sangat yang lain.
haha..
yang penting mcm en.Titan, berbaloi-baloi. hehe…
Dulu pakai blogspot.. tapi rase macam susah jerk nak wat cording2.. arggg.. la nih dah jatuh cinta dengan WP… 😉
http://supernifzvitamin.com/penyelesaian-rambut-gugur/
blogspot kena pandai edit kod, kalau pakai wordpress just install n activate. nak lebih advance barulah coding sendiri. 🙂
saya bermula terus dengan wordpress susah jugak mula mula, belajar slow2 sampai sekarang haha
sama lah, tapi sy dlu praktik di localhost. Bila dah yakin boleh pergi dan serius, baru beli. 🙂
argh saya ada dua blog. satu wordpress dan satu lagi blogspot. dua2 ok je bagi saya. janji kena rajin update. hehe
hebat, saya 1 blog pun masih terkial-kial. 🙂
Ambe tak pakar dalam berblog. Tapi ambe terus guna yg berbayar punya.
Konon terer la sangat. Hehehe…
Tapi ambe belajar sikit-sikit la. Blogspot ambe tak habis explore lagi.
haha.. kalau serius mcm Tuan apa salahnya. 😀
saya pengguna blogspot sejak tahun 2011. Masa daftar memang tak tahu apa. Just hujung tahun lepas baru beli domain. tu pun yg harganya bawah rm10 untuk setahun.
Pada saya tak perlu invest besar kecuali memang akan jadi blogger kental.
samalah, sy beli ni pun domain murah. 😀 tak sampai RM10 pun diGoDaddy. hehe… lepas tu baru upgrade dari blogspot ke Wp. 🙂
Setakat ni guna blogger.com je, terigin juga nak bina blog wordpress. Apa-apa pun slow2 belajar 🙂
Tak apa tuan, yg penting azam dlu. hehe.. Insya’Allah dipermudahkan, 😉
Saya terus pakai WP.. belajar sendiri itu ini.. tp masih sampai kurg arif dlm coding.. huhu..
Pelan2 tuan, sy pun ambil masa beberapa tahun untuk mahir coding. huhu
Dulu pengguna blogspot and now beralih ke arah WP pula..maybe sebab senang kot WP ni, just install plugin ja
Fungsi WP terlalu luas, dari segi penggunaan boleh buat macam-macam. 🙂
Setuju dengan semua pandangan di atas. Amat baik untuk amalkan bagi menghasilkan blog yang berkualiti.
Terima Kasih, Tuan. 🙂
aku lebih selesa den WP, sebab tu sanggup beli domain. yang penting guna apa yang kita mahir.
betul3. hehe… 🙂
Kalau serius nak berblog kena ada ilmu dan pengurusan yang baik..terima kasih
kena pandai memilih dan rajinn.. jgn down saat awall.. huuhu
Dulu terbiasa dengan blogspot, sekali terjebak dengan wordpress, never look back dah 😀
Pakai blogspot buat masa ni.
suka dua platform..blogger dan wordpresss..
oleh sebab suka dua platform terwujudlah dua blog yang berdomain sekali gus..