Ketika sedang melayari blog, sepupu ke berada di sebelah ku. adakalanya dia menjenguk sambil membalas sms dan tiba-tiba bersuara apabila melihat gambar yang terpampang di sidebar blog ku.
“Kamu makan dalam talam?”
“A’ah” Jawap ku selamba.
“Eeee.. geli aku.”
Lantas tawa ku berdekah, begitulah juga reaksi pertama ketika aku mula-mula mengenal makan di dalam talam. Waktu itu aku baru menyertai AJK Pusat Islam, semuanya bermula di sana. Ada majlis ilmu dan pelbagai aktiviti yang menarik di sana.
Kemudian, aku pun menambah.
“Kami semua pembersih.” Tawaku berderai lagi.
“Ya la ba…” Katanya.
Begitulah reaksi yang ku terima namun aku terus tersenyum. Sebenarnya makan dalam talam adalah amalan Nabi Sallallahu’alaihi Wassalam. Makan secara berjema’ah. Namun apabila sunnah itu tidak diambil dengan sepenuhnya, maka akan timbullah fitnah. Apa dia?
Bila mana kita gagal mengambil sunnah kebersihan yang diamalkan oleh Nabi Sallallahu’alaihi Wassalam akibatnya bagaikan nila setitik rosak susu sebelanga
Makan dalam talam/makan di talam boleh mengeratkan ukhuwwah islamiyyah sesama muslim. Kalau pun tidak makan dalam talam, makan berjema’ah sudah mampu untuk mendidik perpaduan antara kita. Lihat sajalah sesebuah keluarga yang harmoni, makan bersama sememang menjadi agenda yang menarik hati dan menjadi ruang mengeratkan ikatan kekeluarga.
Begitulah juga yang tersirat disebalik makan dalam talam atau secara berjema’ah. Ia memang hebat! Bukan saja dalam solat dianjurkan secara berjema’ah bahkan banyak lagi perkara dianjurkan Islam agar dilakukan secara bersama. Indahnya islam di dalam jema’ah.
kami pun makan setalam juga ^_^
insyaAllah ukhwah tu semakin erat ^_^
dalam keluarga pun makan setalam pun best juga…berselerah^__^
Makan dalam talam,
tak perlu basuh pinggan sendirian..
Tapi basuh talam ramai².. =)