Assalamu’alaikum… Ni kali kedua aku mengikuti bahas ala parlimen. ^_^ Mewakili Kelab Islah PKK buat kali yang kedua selepas menjadi wakil ketika semester 3 dulu.Antara rakan sekumpulan ialah Azman B. Hanafiah, Aizuddin B. Zulkifli (simpanan) dan Rozita Bte. Suhaini. Manakala pihak lawan adalah Rakan Pustaka (B).
Video ni dirakam oleh saudara Iskhandar dan usul yang kami bawakan ketika perbahasan ini adalah Politik Kita Cerminan Perpaduan Kita. Alhamdulillah ia merupakan pengalaman berharga bagi ku, sememang perbahasan satu ruang pembawaan yang baik bagi lontaran pandangan dan pemikiran.
Walaupun tak pandai berbahas, tak sangka boleh ke separuh akhir. Hehe… Semoga selepas ini akan lahir pelapis-pelapis yang bakal mengharumkan nama Kelab Islah PKK dalam bidang perbahasan. Amin…
alhamdulillah ni la bkal2 YB
Dijemput pasukan bahas institusi Saudara untuk menyertai program bengkel bahas pada 26 Januari 2013 bertempat di Bangi. Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, bolehlah melayari blog http://belajardebat.blogspot.com
Terima kasih.