Menjimatkan Kos baik Pulih Komputer/Laptop

Menjimatkan Kos baik Pulih Komputer/Laptop 1

Sejak laptop aku rosak bulan lepas, aku hanya online melalui handphone dan komputer dekat office. Itupun akses amat terhad kerana disekat itu ini. Facebook tak boleh buka dan bermacam lagi, termasuk www.deviantart.com.

Masalah laptop aku ialah screen gelap, apapun tak nampak. Pada awalnya memang la kerosakan backlight, jadi aku pun beli part LCD Cable sebab aku rasa itulah punca laptop jadi gelap semacam. Tapi, lepas beli LCD Cable, tersilap pasang la pula. Akhirnya, sampai ke Imbi aku dengan kawan pergi gara-gara nak repair laptop tu. Bukan sahaja LCD Inverter burn, LCD pun rosak sekali. Kos? RM400. Belum lagi termasuk speaker yang dah pecah sebelah kanan.

Dipendekkan cerita, walaupun aku dah beli laptop 2nd (Aspire 4935 – RM500) tapi aku tak sanggup tengok Aspire 4720z tu macam tu sj. Biasalah, sudah 5 tahun dengan aku laptop tu. Belajar pula Elektronik Komputer, lagi la mencabar semangat aku untuk repair laptop tu sendiri walaupun ada yang kata.

“Alaaa… ko beli sj la yang baru.”

Time aku online servay-servay la dekat mudah.my. Tiba-tiba dapat pula idea untuk beli laptop 4720z yang rosak, mungkin boleh ambil part untuk repair laptop aku tu. Awalnya aku dapt contact orang kelantan, dia jual LCD lengkap dengan webcam dan inverter sekali.

Tapi bila perasan ada satu mamat tu jual part yang hampir sama (aspire4520), aku pun try untuk nego. Laptop tu cuma rosak motherboard, owner dia dah malas nak repair. Dapat la RM300 termasuk kos penghantaran dari Sarawak ke Cyberjaya. Alhamdulillah, bukan saja aku dapat skrin baru. Tapi dapat RAM, casing baru & speaker sekali.

Kerja-kerja replacing motherboard dari 4720z ke 4520.

Menjimatkan Kos baik Pulih Komputer/Laptop 2

Menjimatkan Kos baik Pulih Komputer/Laptop 3

Menjimatkan Kos baik Pulih Komputer/Laptop 4

Tips :-
1. Beli part komputer yang rosak untuk repair komputer/laptop dan merge dengan laptop kmu.
2. Member pernah kerja technician bagitau sebahagian kedai memang biasa buat macam ni, lepas tu cas seolah-olah part baru. Padahal used juga.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.