Tanam Anggur Lagi!

Tanam Anggur Lagi! 1
“Ya Allaaah… bantu aku”

Usiaku sudah mencecah 22 tahun, dulu ku sangkakan aku fikir dalam usia ni aku sudah bertemu dengan gadis idaman ku dan siap berumah tangga dengannya. Tapi semuanya penyedap hati saja, aku masih lagi hidup membujang. Masa depan bukannya seindah yang kita sangka, hidup ini bukanlah semudah yang kita gambarkan dalam fikiran kita. Kerja pun masih tercari-cari.

Beberapa hari ini ujian datang melanda, aku berhenti kerja dari General Worker di sebuah kilang di area KKIP Selatan bermula 26 Sept 2012. Aku cuba berhijrah ke tempat baru, ku sangkakan semua akan berubah menjadi lebih baik dari sebelumnya kerana kali ini ada kaitan dengan kemahiran ku. Nyata jangkaan ku meleset, pekerjaan baru tak seperti yang dihajatkan. Aku nda kesa tentang kerja berat, tapi kalau sudah bahaya biarpun ringan akan ku tinggalkan juga. Apatah lagi kerja itu membuatkan aku meninggalkan Allah. Aku bukanlah seorang ustaz yang taat amalan zikirnya siang dan malam, tapi aku nda sanggup hidup sia-sia. Kerja dengan nyawa dihujung tangga. Piawaian keselamatan juga tiada. Biarpun ada kaitan dengan kos yang aku ambil time study dulu kalau jatuh boleh jadi ‘Innalillah’ ataupun patah-mematah.

Hari ini 2 Oktober, hari kedua sepatutnya aku bekerja. Juga atas nasihat keluarga dan juga pandangan rakan-rakan, aku menelefon bos, minta maaf sangat sebab nda dapat teruskan. Bukan aku nda suka kerja dengan tu, tapi kalau sudah begitu, terpaksa la aku tarik diri. Jangankan ruang masa untuk ibadah nda terjaga kebajikannya, ruang untuk rehat dan selesa lagi la tiada. (baru hari pertama berkerja sudah buat penilaian macam tu. ish) Sedangkan kita kerja bukan untuk dunia semata-mata, tapi untuk kedua-duanya. Hidup juga mesti gembira? Kerja itu hanya menambahkan lagi derita.

Penghijrahan ke tempat kerja baru tergendala bukan gagal! Akhirnya aku kembali duduk di rumah. Nda apalah, mungkin ada hikmah disebaliknya. Fikir ikhwan! Fikir! Gunakan otak yang Allah bagi dengan kau tu! Aku kembali gelisah~

Ayat yang aku selalu bisik sejak akhir-akhir ini.

“Ya Tuhaaan,!”(keluhan atau mengadu? Aku pun nda tau. Patutnya aku sebut Ya Allah!).

Pesan seorang kawan.

“Tu lah, lain kali cari kerja survey-survey la dulu.”

“Mana la aku tau begitu sekali kerjanya….” (nda apa la, banyak lagi kerja lain. apa-apapun dari kita saja bah itu.)

**Maaflah. Dilema anak muda!

1 thought on “Tanam Anggur Lagi!”

  1. nda pa tu suhimi. Allah tu maha pengasih.. ada sebab atas semua yang berlaku. jgn pilih kerja, biarlah kerja di supermarket atau jurupam minyak kat petrol stesyen, yang penting smua tu halal. bukan semua org yg study akan dapat pekerjaan dalam bidang pengajian dia. bab nikah kahwin, jgn dulu tanamkan dalam minda, apa yg penting stabil kn dlu hidup, byr balik ptptn, balas balik jasa2 ibubapa mu. Maaf kalau melebih2 ya, dari shbtmu. 🙂

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.