
Dalam catatan kali ini saya menyenaraikan ciri-ciri laman web kerajaan berdasarkan pemerhatian saya. Saya cuba mencari satu pekeliling yang jelas dan garis panduan berkaitan ciri dan struktur asas yang mesti diikuti oleh sebuah laman web agensi kerajaan, namun tidak menemui sebarang piawaian khusus. Sekiranya anda memilki pekeliling berkenaan dan ianya bersifat public, bolehlah dikongsikan diruangan komen untuk rujukan bersama.
Tujuan saya menulis catatan ini ialah sebagai panduan asas untuk diri saya sendiri dan mereka yang mungkin berminat untuk penyertai perolehan kerajaan berkaitan pembinaan laman web. Semoga ciri-ciri ini membantu untuk anda menyediakan checklist asas serta mungkin boleh diaplikasi di dalam laman web perniagaan anda sendiri pada masa akan datang.
8 Ciri-ciri Laman Web Kerajaan Yang Menarik Bagi Saya
1. Dwi-Bahasa
Laman web kerajaan mestilah memiliki kandungan dwi-bahasa, ini bagi membolehkan penyampaian maklumat kepada orang awam khususnya rakyat Malaysia dan juga pihak luar. selain Bahasa Melayu, Bahasa English turut menjadi bahasa kedua. Ini bagi membolehkan kandungan laman web agensi kerajaan difahami bukan sahaja oleh lokal tetapi juga peringkat global.
2. W3C Accessbility
Memenuhi piawaian W3C Accessbility bagi memenuhi pelbagai jenis pengguna. Ciri-ciri Accessbility, menjadikan laman web kerajaan bersifat inklusif tanpa meminggirkan mana-mana pihak seperti rabun warna, rabun serta kurang daya penglihatan. Ciri-ciri W3C Accessbility berusaha meruntuhkan sempadan komunikasi dan membolehkan maklumat laman dicapai oleh pengguna dari pelbagai latar belakang kemampuan. Memiliki fungsi untuk mengubah saiz font, warna teks, kontras serta menanda pautan.
3. Rekabentuk Yang Responsif
Rekabentuk yang mesra peranti, membolehkan laman dilayari dari pelbagai jenis antara muka atau peranti. Dari peranti telefon pintar sehinggalah desktop bersaiz skrin besar. Lazimnya 3 jenis antara muka yang menjadi sandaran dalam mereka bentuk laman web kerajaan ialah Mobile, Table & Desktop.
4. SEO Optimization
Selain orang awam, spesifikasi laman web kerajaan juga ialah mesti difahami oleh enjin carian. Antara enjin carian ialah Google, Yahoo, Bing dll. Struktur laman web mestilah menepati ciri-ciri SEO bagi membolehkan laman web kerajaan diindex dan difahami dengan mudah oleh robot-robot enjin carian yang menjalar di internet. Ini bagi memastikan laman web agensi dapat menguasai pages pertama carian enjin carian atauopun SERP, sekaligus membolehkan pengguna mencapai maklumat rasmi yang tepat dan terkini.
5. Fungsi Carian
Memiliki fungsi carian untuk membolehkan pengguna membuat carian maklumat yang terkandung di dalam laman web. Fungsi carian asasnya melibatkan fungsi asas sahaja, iaitu kata kunci. Bagi sesetengah agensi yang memiliki rujukan maklumat yang luas seperti akta, pekeliling serta warta. Fungsi advance turut sediakan.
6. Speed Optimization
Laman web rasmi agensi turut dipertingkatkan dari segi kelajuan sama ada dari segi saiz laman dan spesifikasi server yang boleh menampung trafik yang tinggi dalam satu-satu masa.
7. Struktur Asas Halaman
Saya turut mengenal pasti beberapa halaman wajib antaranya…
a. muka depan (banner, makluman, berita etc)
b. maklumat korporat (profil, organisasi, alaun pengarah dll)
c. perkhidmatan
d. hubungi kami
e. direktori staff
f. maklum balas & aduan
g. faq
h. peta laman
i. aplikasi berkaitan (HRMIS & aplikasi jabatan yang lain)
j. pautan ke laman-laman web kerajaan yang berkaitan.
k. laman penafian & dasar privasi
l. media sosial jabatan
m. statistik pelawat
8. Tema Warna & Identiti
Warna tema laman web agensi kerajaan juga lazimnya berkait dengan warna-warna yang menjadi identiti kepada suatu agensi, antara logo jabatan, warna bendera ataupun jata yang berkaitan dengan negeri. Tema ini sedikit sebanyak menjadi imej korporat dan tersendiri menjadi suatu laman web itu unik berbanding laman web yang lain. Sebahagiannya turut meletakkan gambar seperti geografi, monumen, corak serta aset-aset yang berkaitan agensi kerajaan berkenaan.
Diharap perkongsian ini dapat memberikan suatu nilai tambah untuk anda, jumpa lagi dalam catatan yang akan datang.
Assalamu’alaikum & Bye!
