Ambil Fatwa Dari Sikap Manusia (?)

Kes 1

“Merokok ni hukumnya haram.”
“Ustaz aku pun merokok tau!”

Kes 2

“Kau tau ka couple tu haram?”
“Mana da! Kawan aku tu tabligh lagi, pun couple juga!”

Kes 3

“Eh! Kau rasa tak salah kah kita pakai tudung macam ni?”
“Entahlah. Yang aku tahu ini fesyen Yuna!”

Kes 4

“Nabi tak buat benda-benda ni dulu…”
“Kalau begitu kenapa ‘orang dulu-dulu’ buat?!”

Apa pandangan korang tentang situasi di atas? Percaya atau tak, itulah sebahagian daripada sikap kita, macam-macam pandangan, macam-macam pegangan. Kita lebih mudah mengambil pegangan daripada sikap orang disekeliling kita.

Kalau benda ni melibatkan hidup soal-soal benda remeh temeh ianya tak menjadi masalah, namun sejak akhir-akhir ni benda ni dah semakin melarat bahkan melibatkan hal-hal yang sudah jelas statusnya di sisi agama. Tak tahulah di mana silapnya, namun apa yang pasti ianya sikap yang patut dihindarkan dari kalangan kita sebab…

1) Memesongkan pegangan seseorang manusia kerana hanya empat saja yang sumber hukum dalam Islam. Iaitu al-Qur’an, as-Sunnah, Qias, Ijma’ Ulama. 

2) Mendedahkan masyarakat kepada fahaman salah kerana hukum tersebut diambil berdasarkan tangkap muat sahaja, tetapi langsung tak dikaji seperti mana al-Qur’an, as-Sunnah, Qias dan Ijma’ Ulama yang ketat kaedah penetapannya.

3) Memperlekehkan agama kerana tiada sikap untuk mengetahui sesuatu hukum hakam dalam agama melainkan dengan tafsiran ringan semata-mata. Sedangkan jika dilihat para ulama’ pun berusaha bersungguh-sungguh dalam mengeluarkan fatwa.

Bukan itu saja jika kita rujuk manhaj para sahabat ianya berbeza kerana setia permasalah tersebut perlulah dikembali kepada al-Qur’an dan Sunnah terlebih dahulu. Firman Allah Subhana Wa Ta’ala yang bermaksud :-

“Wahai orang-orang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada ‘Ulil-Amri’ dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah(berselisihan) dan sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (al-Qur’an) dan (Sunnah) Rasul-Nya – jika kamu benar berikan kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya. [al-Nisaa’ 4 :59 ]

Kemudian sekiranya masih juga tiada, barulah dirujuk kepada Qias* dan Ijma’ Ulama**

Dengan kata lain sikap suka mengambil hukum secara membabi buta atau terburu-buru mestilah dihindarkan walaupun ianya dengan melihat kepada tindak tanduk orang yang lebih agamanya, atau lebih ilmunya. Hal ini kerana mereka bukannya maksum ataupun diakui kredibiliti oleh Baginda Sallallahu’alaihi Wassalam seperti dalam hadis yang bermaksud : –

“Sebaik-baik kalian adalah pada kurun aku, kemudian pada kurun yang mengikutinya, kemudian pada kurun yang mengikutinya.”

(sahih : sebahagian hadis daripada Imran bin Husain Radiallahu ‘anhu, dikeluarkan oleh Ahmad, al-Bukhari, Muslim dan lain-lain, di atas adalah dengan lafaz al-Bukhari, lihat Sahih al-Bukhari – no:3650. (Kitab Fadhilat Sahabat)

Bagaimana pula dengan golongan yang rendah capaian ilmunya?

Sekiranya ada permasalahan bagi merujuk kepada al-Qur’an dan as-Sunnah maka perlulah bertanya kepada orang yang selayaknya (bertanya dan melihat tingkah lakunya adalah tidak sama) . Ia bukan jalan meletakkan hukum berdasarkan anggapan semata-mata kerana Islam berdiri berdasarkan fakta.

Glosari :-

* Qias – Menetapkan sesuatu hukum itu bersandarkan atas peristiwa-peristiwa sejarah lain yang berlaku yang boleh disamakan ketentuan hukumnya.

**Ijma’ Ulama’ – Persetujuan antara para ulama atau mujtahidin untuk menetapkan sesuatu hukum itu.

1 thought on “Ambil Fatwa Dari Sikap Manusia (?)”

  1. hanya ikut yang mana rasa mampu ikut..

    padahal islam tu syumul, apa yang tuhan suruh buat dan tinggalkan knpa susa nk buat..

    hati koto kot sbb tu jadi mcm ni

    ..tension ngn diri sendiri..

    moga diberi petunjuk

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.