Subhanallah! Walhamdulillah! Walla ilaha illallah! Allahuakbar! Cantik betul ciptaan Allah, kan? Sesungguhnya Allah sukakan sesuatu yang indah! Indah bagaimana, sesungguhnya nilai manusia tak sama dengan nilai-Nya. ^^,
Langit juga merupakan makhluk Allah, segala ciptaan Allah adalah makhluk. Selain Allah tiada yang berkuasa, semuanya hamba, mencari kenikmatan dan rezeki yang dikurniakan Tuhannya. Dari sebesar-besar perkara sehingga lah sekecil-kecilnya, langsung tiada daya melainkan Allah Subhana Wa Ta’ala. Kita sering menyebutnya.
Laa haula walaa quwwata illaa billaah
“Tiada daya mahupun tenaga kecuali dengan Allah.”
Oleh itu langit juga ‘berdiri’ diatas zat-Nya yang Maha Agung!
Hehe… Cerita pasal langit ni, pada zaman jahiliyyah ramai yang percaya langit memiliki tiang, kononnya gunung-ganang itulah yang menjadi penongkatnya sehinggalah turunnya ayat 2 dalam surah ar-Ra’ad yang bermaksud :
Allah jualah yang menjadikan langit terangkat tinggi dengan tiada bertiang sebagaimana yang kamu melihatnya, kemudian Dia bersemayam di atas Arasy dan Dia memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhlukNya); tiap-tiap satu dari keduanya beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan. Allah jualah yang mentadbirkan segala urusan; Dia menerangkan tanda-tanda kekuasaanNya satu-persatu, supaya kamu yakin kepada pertemuan Tuhan kamu (untuk menerima balasan).
Maka ia telah membatalkan kepercayaan bahawa langit yang berada di atas kerana sokongan gunung-ganang. (adakah kejuruteraan kita mampu menandingi-Nya? hehe…)
Di samping keindahannya, penciptaan tujuh lapisan langit juga menjadi petanda bagi orang-orang yang beriman. Bagaimanakah langit tercipta? Siapakah yang mencipta? Dengan apakah ia dicipta? Bilakah ia dicipta? Segalanya dikembalikan kepada Allah Subhana Wa Ta’ala. Dan tiadalah Allah menjadikan sesuatu perkara dengan sia-sia. Tak gitu? Hehe…
Aku menulis bukanlah untuk mengajar, sekadar untuk menyampaikan dan berkongsi apa yang aku rasakan. Iaitu sedikit kesyukuran yang ku rasakan. Subhanallah! Semoga diambil kebaikan dan dibuang segala keburukan, amin Ya Allah. Sekian.