Hari ini 1 January 2010, semalam ramai yang merayakan baru 2011. Azam yang baru dan semangat baru!
“Kali ni aku nak naik pangkat!”
“Aku nak slim!”
“Aku nak handphone baru!”
“Aku nak kahwin lagi satu!” (Hahaha…)
Bermacam azam bermacam ragam, namun bila ditanya tentang asal usul tahun Masihi ramai yang tak tahu. Bila ditanya mengapa mereka merayakannya sebab orang terdahulu merayakannya, itulah namanya taklid buta (huhu… bukanlah Allah melarang kita mengikuti sesuatu perkara tanpa kita mengetahuinya?)
“Tahun baru tu tahun baru lah bro!” Hoho…
Bila aku search wikipedia, aku jumpa benda di bawah ni.
Tahun Masihi (bahasa Inggeris: Anno Domini, AD bermaksud “Tahun Tuhan kita”) ialah gelaran yang digunakan untuk menomborkan tahun dalam Takwim Julius dan Gregory. Ia biasanya disingkatkan menjadi M sahaja. Era kalendar yang dirujuk kedua takwim ini ialah tarikh yang secara tradisionalnya dianggap merupakan tarikh lahir Yesus Kristus (Al-Masih) (mengikut kepercayaan orang kristian). Tahun-tahun sebelumnya pula dilabelkan sebagai Sebelum Masihi (SM).
Dengan kata lain 2011 Masihi boleh juga jadi 2011 Tahun Tuhan Kita. Persoalannya adakah ini selari dengan Islam? Na’uzubillah… Kalau korang nak tahu kalender Masihi juga dikenali sebagai Kalendar Gregory. Dan korang boleh klik sini untuk tau siapa tu Gregory dan macam mana Kalendar ni terbentuk sekaligus mula dijadikan standard di seluruh dunia.
Disebab oleh hal itu ada yang mengharamkan umat Islam menyambut tahun baru. Tapi, tak kurang juga yang mengharuskannya disebabkan ia telah dijadikan standard mahupun digunakan secara umum tanpa perkaitan agama yang jelas. Antara beberapa syarat yang perlu diikuti untuk menyambutnya ialah tak menganggapnya sebagai upacara keagamaan (so, jangan cuba-cuba nak mandi buang sial! Huhu…), tak berlaku percampuran lelaki dan perempuan mahupun perkara-perkara yang melaghokan.
Apa yang lebih sebenarnya di sebalik tahun baru, ialah tentang iktibar kita kepada masa. Bukannya lesen untuk memuaskan nafsu dan beraksi sebagai “dunia aku yang punya.”(macam semalam, himpun ramai-ramai lepas tu melalak tak tentu pasal!)
Jika tahun 2011 ini nak dijadikan ia ‘alat’ untuk menuju perubahan serta melaksanakan perancangan yang lebih membawa kepada kuntungan maka tiada permasalahan sebaliknya digalakkan kerana merancang kehidupan. (cuma jangan terlalu menjadi ikutan-ikutan)
“kedatangan tahun baru selalu memberikan azam baru kepada banyak pihak..hakikatnya, semalam dan hari ini tetap sama pada nilainya..samada 2010 atau 2011, atau tahun hijrah..waktu dan masa tiada bezanya..kitalah yang mencorakkannya..Tuhan! bimbinglah kami..” – Dr. Asri
Malangnya berdasarkan maklumat, tarikh-tarikh besar seperti inilah yang menjadi tarikh maksiat. Pesta zina, minum arak dan sebagainya. Huhu… Semoga dijauhkan..
Apapun, harap-harap gerbang 2011 ini menjadi pedoman kepada kita bahawa dunia ini semakin tua. Ingatlah kata-kata pujangga. Dunia itu ibarat bayang-bayang semakin kita mengejarnya, semakin ia lari daripada kita. Sama-sama kita saling berkongsi dan ingat-mengingati.
PEACE! (hehe…)
selamat tahun baru ;D