Pergi Seminar ICT “Green IT” Di Kampus INTAN

Pergi Seminar ICT "Green IT" Di Kampus INTAN 1

Semalam kami (sekelas) ada Seminar ICT “Green IT” tentang teknologi hijau di Kampus INTAN (Institut Tadbiran Negara) Sabah anjuran bersama JPKN,INTAN Sabah, Universiti Malaysia Sabah, Lembaga Koko Malaysia dan MAMPU Sabah. Program start jam 9.00 a.m sampai 1.00 p.m. Awal pagi lagi kami dah berkumpul di porch pengarah, jam 7. Hehe… tp bertolak start jam 7. Ada kawan cakap di facebook;

“ala… janji melayu juga tu jam 7.45 baru jalan.”

Lepas tu time nak naik bas tu, kami sengaja la buat takut hilmie.

“Ala… en. Ismail pun datang lambat.” Dia ketawa.

“Mana da,” Ku bilang. “En. Ismail datang awal, jam 7 lagi dah ada. Kamu tu yang datang lambat.”

Apabila menyedari En. Ismail berada di belakang sedang memerhatikan kami berpusu-pusu menaiki bas semunya kami tertawa termasuk Hilmie. En. Ismail hanya senyum-senyum melihat gelagat pelajar sem 6 ni. Hehe…

Tahap kursus memang MANTOP! Ya, aku suka kursus tu. Antara khidmat yang baik. Pergerakan pun cun and masa makan la paling best! Ops! Haha… makan saja.

Ferry siap bawa DSLR dia lagi, DSLR Sony αplha. Hehe.. sempat juga aku try time dalam perjalanan balik. Nak tahu berapa harganya? RM 2000 ++. Huhu… teringin juga nak memiliki, tapi mahal. Harap-harap dia up-load la gmbar tu di facebook, hehe… (saja nak share nanti)

TQ untuk Jika sebab tolong hantar sampai Bustop.  (tak tahu dorang sempat sampai rumah ka tak, meter minyak aku tengok dah menyampai. Hahaha..)

Dari Bustop aku balik; jalan kaki ke rumah. Pengalaman untuk memegang DSLR masih jelas dalam ingatan. Bila lalu pokok limau, aku pun cuba la ambil gambar dengan Sony Ericsson K800 aku ni. (masih mood DSLR) Haha…

“Hijau… cantik. Pagi tadi pun aku jalan, hijau saja sekeliling ku.”

Mula-mula aku melihat dengan mata ku, bila nampak cun aku pun cuba la untuk tangkap dengan lensa kamera. (Eh! Bukan cincai tau, ini Cyber Shot! Tapi 3.2 Mega Pixel ja. Haha…) ada dalam lima minit juga aku di situ. And, aku perasan sesuatu yang amat menyentuh hati.

“SubhanAllah…”

Betapa lensa kamera langsung tak setanding mata manusia;

(erkk… stop! Skarang dah jam 12.21 p.m. hehe… nak pi solat juma’at dulu. Nanti sambung balik. Haha)

*sejam kemudian

(Alhamdulillah.. baru sampai rumah. Sekarang… Jom! Back to topic. Jam 1.24 pm.)

Sedikit info berkaitan program “Green IT” program ini adalah untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar (melalui penjimatan tenaga) dan meningkatkan produktiviti. Antara negara yang telah melaksanakan Green IT ni ialah UK dan Jepun.

Contoh perlaksaaan Green IT di Malaysia? Sebahagian urusan kerajaan telah di ‘online’ kan di mana ia telah mengurangkan penggunaan kertas dalam bidang pentadbiran serta menjadikan sistem pengurusan lebih efektif. Hehe… (yang baik kita ambil, yang buruk kita tolak jauh-jauh).

Macam-macam lagi sebenarnya aktiviti yang boleh dilakukan untuk meningkat Green IT. Tapi, kalau lorang pun nak ikut juga di sini ada cara mudah. (1) gunakan komputer sekadar keperluan (2) gantikan Screen Saver dengan turn-off monitor (3) beli komputer yang rendah consumption power. Hehe… Jom! Kurangkan pembaziran tenaga!

*Bilalah ferry nak up-load gambar ni, aku nak masukkan dalam blog. Hmmm*

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.