Suasana bas sungguh lengang, hanya bunyi deruman enjin menghiasi perjalanan. Di dalamnya ada seorang tua dan seorang pemuda; kelihatannya si tua merupakan seorang haji. Sambil membuang pandangannya jauh sesekali juga dia memandang si anak muda, berbaju ketat, berseluar ketat adakalanya nampak pusat.
“Ermmm…” Pandangan si tua diikuti dengan keluhan kecil. Anak matanya menggambarkan betapa kesayuan mengenangkan kisah lalunya.
Dulu lain sekarang lain. Kalau dulu si anak muda kaya dengan budaya, hidupnya terisi dengan agama, kalau ada masa terluang pasti akan turun ke bendang; membantu ayah membanting tulang, sekarang sudah lain… hidup penuh pancaroba, duduk di rumah pun susah, asyik melepak saja di kota, taman bunga, pusat membeli belah, cyber cafe dan sebagainya. Lebih teruk lagi ada yang bergelumang dengan zina, air setan dan sewaktu dengannya. Berpeleseran tanpa arah!
“Kalau ada si Minah kan bagus!” Kedengaran si anak muda tanpa akalnya, maklumlah baru melayan air setan! Bau alkohol yang kuat boleh terhidu dari bajunya yang basah. Kalau malaikat datang pasti sesalnya bukan kepalang, merayu-rayu minta diberikan peluang.
ERRRRKKK!!!!!! Tiba-tiba bas berhenti!
“Dah sampai!!” Seru si pemandu bas sambil membunyikan hon.
Maka turun lah si anak muda dengan langkahnya lemah gemalai, sekejap ke kiri sekejap ke kanan. Berpaut pada bangku bas sambil mengeluarkan sumpah serana. Si tua hanya diam ditempatnya, geram hati memerhatikan anak bangsanya yang hanyut dengan hedonisma.
Setelah si anak muda turun, si tua pula mengatur langkah menurun tangga. Kudratnya masih gagah berbanding si anak muda. Hatinya panas membara, matanya menyorot memerhatikan gelagat si anak muda yang tersadai perhentian bas. Dia menggeleng-geleng kepala sambil bersuara.
“KAU NI IKUT JALAN KE NERAKA!!!”
Bingkas si anak muda bangkit dengan muka yang merah!
“STOP!! STOP!!! Saya tersilap bas rupanya!”
Pengajaran : Hargailah akal dengan sebaiknya, itulah beza manusia dengan haiwan ternakan. (senyum)
Zmn skrg. Mcm tu la. Maksiat merata2. ank2 muda selamba berzina di khalayak rmai. nak pukul kang, kna balik plak. Tp mcm nak pukul jugk jek.. hehe