Aku Masih Dara
PENGARAH :
Ahmad Idham
Yana, Raja Farah, Diana Amir, Asyraff Muslim, Farid Kamil, Dian P.Ramlee, Rosnah Johari
Aleesya (Yana), Sofea (Raja Farah) dan Hani (Diana Amir) merupakan 3 sahabat yang mempunyai latar belakang yang berbeza. Aleesya dan Hani mendapat didikan agama yang cukup dari keluarga mereka namun tetap mengabaikan tuntutan agama manakala Sofea pula dibesarkan dalam keadaan serba kebaratan dan tanpa didikan agama. Segalanya berubah apabila sepupu Aleesya, Firdausm(Asyraf Muslim) pulang dari Mesir dan melawat keluarga Aleesya. Melihat keliaran Aleesya dan rakan-rakannya, Firdaus membuat keputusan untuk mengubah mereka sedikit demi sedikit. Sofea mula berubah dengan kehadiran Firdaus. dia menjadi semakin tertarik untuk mendalami Islam walaupun mendapat tentangan sahabatnya iaitu Aleesya dan Hani. Namun masalah mula timbul apabila teman lelaki Hani, Zachery yang emrupakan pengedar dadah merogol Aleesya dan memburu Hani kerana mencuri dadah miliknya. Kini Zachery memburu Hani dan rakan-rakannya. Apakah yang bakal terjadi kepada mereka semua? *Saksikan filem Aku Masih Dara di pawagam 16 DISEMBER 2010. Jangan Sampai Ternoda!
Ada beberapa ayat yang berada dalam filem ni perlu di potong terus! Sebab filem untuk ajak kepada agama, tak perlu tonjolkan maksiat dengan ‘melampau’ di tengah-tengah masyarakat kita.
Nilai dakwah? Entah lah… cuma satu ayat mampu ku petik :
“Jangan Sampai Ternoda!”(dengan riak muka yang serius. Haha..)
ni la kot crite yg kwn sy prnh cakap kot.. hurmmm….
tak faham kdg2 bila mesej yg nk dsmpaikn itu baik tp knapa perlu tnjuk yg tak sepatutnya kan?
nk ckp jgn mrempit, tak perlu sbnrnye tnjuk aksi mrempit..
nk ckp jgn ternoda n jaga maruah, tak perlu tnjuk adegan trnoda n etc..
naik hairan bin pelik..
oh malaysiaku… =_=
p/s: maaf mnyibuk minum secawan.. nmpk sgt boring time cuti nih.. huhu.. tp pape pun, trima kasih bg info.. 🙂