- Hati :- mengingati kebesaran, keagungan, dan kekuasaan Allah Subhana Wa Ta’ala yang memberi nikmat.
- Lidah :- mengucapkan Alhamdulillah ~ segala puji bagi Allah ~ ketika memperoleh nikmat dan kebaikan, berzikir kepada Allah Subhana Wa Ta’ala.
- Perbuatan :- Menggunakan nikmat kurniaan Allah Subhana Wa Ta’ala untuk kebaikan seperti bersedekah.
Allah Subhana Wa Ta’ala telah berfirman yang bermaksud:
Malangnya mutakhir ini ramai dalam kalangan kita leka untuk bersyukur kepada Allah Subhana Wa Ta’ala. Tandannya ialah menyalah gunakan nikmat.
Untuk memperjelaskan situasi ini kita ambil satu keadaan. Contohnya seorang tukang masak diberikan pisau, disebabkan dia menggunakan pisau tersebut untuk menikam manusia maka dia telah disumbat ke dalam penjara dan pisau itu telah dirampas .
Begitulah juga kita dengan Allah Subhana Wa Ta’ala. Sekiranya kita diberikan nikmat tetapi tidak bersyukur serta menyalah gunakannya maka pasti akan mendapat balasan buruk daripada Allah Subhana Wa Ta’ala.
Ramai manusia telah ‘rosak’ dengan sendirinya disebabkan tidak bersyukur. Allah Subhana Wa Ta’ala akan menarik nikmat tersebut dan membinasakan mereka. Sikap tidak bersyukur boleh membawa kekufuran kepada Allah Subhana Wa Ta’ala.
Firman-Nya yang bermaksud :
KUFUR DIBAHAGIKAN KEPADA DUA :
- Kufur Hakikat :- Tidak percaya kepada rukun.
- Kufur Nikmat :- Mengingkari Allah Subhana Wa Ta’ala.