Hujan

Sudah beberapa hari ini hujan turun waktu petang, aku suka sangat dengan suasana ni. Hehe.. sesungguhnya hujan itu adalah rahmat dari Allah. Dengan hujan itu, tanah menjadi subur, tumbuhan-tumbuhan semakin segar. Pokok buluh pun tumbuh dengan cepat pada waktu begini. Sungguh di dalam Al-Qur’an terdapat ayat-ayat sains berkenaan alam ini. Cuma kadang kala manusia ini malas untuk mengambil peringatan daripadanya, mengambil hanya yang perlu baginya. Begitulah sikap kebanyakkan kita.

Berbalik kepada hujan yang membasahi Sepanggar sejak kebelakangan ini, ianya sungguh menyenangkan hati ku. Mendingin perasaanku, suasana berbeza sekali ketika panas. Alhamdulillah. Hujan itu adalah rahmat dan aku sempat menjenguk beberapa ayat Al-Qur’an berkaitan hujan tatkala waktu senggang. Semasa jari jemari ku menari di atas keyboard ini, aku sedang duduk di pejabat. kedengaran bunyi air hujan menitis di luar.

“Allah jualah yang menciptakan langit dan bumi dan menurunkan hujan dari langit lalu mengeluarkan dengan air hujan itu buah-buahan untuk menjadi makanan bagi kamu dan Dia yang memberi kemudahan kepada kamu menggunakan kapal-kapal untuk belayar di laut dengan perintahNya, juga yang memudahkan sungai-sungai untuk kamu (mengambil manfaat darinya).” ( Surah Ibrahim : ayat 32 )

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.