Bercerita Tentang HAMAS Serta Jihad Dengan Rakan

Bismillahirahmanirrahim…
Bercerita Tentang HAMAS Serta Jihad Dengan Rakan 1

Sudah separuh daripada buku ‘HAMAS Pejuang Kota Suci Baitulmaqdis’ ku baca, sebelum ini aku rancak dengan HAMAS ni, tapi apa yang tahu cuma sedikit lebih kepada kewujudan Ikhwanul Muslimin. Setelah membaca buku tulisan Maszlee Malik ini, aku terasa amat tertarik dengan corak perjuangan HAMAS yang enggang mengalah serta menggerak Intifadah bersenjata terhadap Zionis Laknatullah.

Bagi yang tidak mengenal HAMAS, mungkin akan mengatakan mereka ini pengganas Palestin. Tapi, itu hanyalah canangan barat semata-mata. Bagi yang buta sejarah pasti tidak akan faham hakikat sebenarnya, pernah aku bertanya kepada roommate ku. Ketika itu kami menonton video-video HAMAS, perang 21 hari masih berlangsung.

“Apa pendapat ko tentang perjuangan HAMAS?”

“Gilalah kalau dorang buat begitu, matilah rakyat Palestin (menerima serangan Zionis)”

Begitulah nadanya, tetapi hakikatnya HAMAS ialah pelopor kepada perjuangan Palestin yang merdeka. Aku menulisnya di sini kerana aku tahu, banyak yang masih belum tahu tentang HAMAS. Mereka (HAMAS) sebenarnya diasaskan oleh Ikhwanul Muslimin bahagian Gaza selepas Ikhwanul Muslimin di Palestin terbahagi kepada dua iaitu salah satunya Fatah yang semakin menjauh dari corak pejuangan Ikhwanul Muslimin.

HAMAS Di asaskan pada tahun 1987 oleh Syeikh Ahmad Yassin dan terus melaksanakan Intifadah yang pertama. HAMAS menganggap perjuangan bersenjata sajalah stau-satunya cara untuk menundukkan zionis disebabkan rentetan penipuan dan pembunuh yang dilakukan oleh rakyat Palestin. Bahkan mereka meyakini adalah satu perjuangan akidah. Pada tahun 2006 HAMAS telah menjadi pemerintah di Palestin dengan menyertai Pilihan Raya Legislatif PA. Namun, telah disebabkan konspirasi yang dilakukan oleh boneka Zionis dan AS, akhirnya Hamas hanya berkuasa di Gaza City. Di dalam buku ‘HAMAS Pejuang Kota Suci Baitulmaqdis’ ada tertulis termuat surat wakil HAMAS untuk rakyat Malaysia. Itu sahaja yang aku mampu kongsikan di sini, diharap ia mampu mencetus mahu tahu bagi mereka yang belum tahu tentang HAMAS.

Bila berkata tentang ‘Jihad’ pula rata-rata umat Islam hari ini telah silap mentasfirkan perkataan ini. tidak hairanlah jika non-muslim berpendapat jihad hanyalah ‘perang suci’. Kesannya sensitivity kita terhadap keadaan semasa umat semakin terhakis lebih-lebih bagi kita umat Islam di Malaysia. Kita terlalu selesa dengan posisi kita!

Jihad yang sebenar bagi umat ini sudah disalah tafsirkan dan… terpadam? Semenjak gugurnya empayar Turki Uthamaniyyah. Hanya mereka (pejuang islam ) sahaja yang dipikulkan dengan jihad di zaman ini kerana hanya segelintir yang mengetahui. Dalam satu situasi, aku pernah bertanya kepada seorang kawan.

“Kenapa kamu ikut PEKIDA?”

“Owh, sebab PEKIDA ni jihad. Kalau ada perang agama di Malaysia, PEKIDA ni lah yang akan angkat senjata.” Jadi tidak mengejutkan ketika berlakunya isu Kalimah Allah dahulu ada yang menulis ‘kami sanggup mati kerana Allah’ di banner mereka ketika tunjuk perasaan.

Berbalik kepada jihad, jihad (جهاد) ialah berjuang dengan bersungguh-sungguh dalam menegakkan agama Allah serta menjaganya menggunakan alat, ilmu pengetahuan dan sebagainya.. Mereka yang berjihad digelar Mujahid. Oleh itu, dengan kata lain ‘jihad’ bukan hanya perang suci. Dalam ekonomi pun ada jihad, contohnya bermuamalat secara islam dengan bersungguh-sungguh tanpa riba dan sebagainya. Begitu juga tentang pelajaran, belajar bersungguh kerana Allah ta’ala dan banyak lagi. jika kita tersilap mentafsir ‘jihad’ yang sebenarnya, silap hari bulan ada yang ‘mati katak’. Sedangkan mencari syahid itu bukan mudah, para sahabat berhempas pulas untuk mati syahid.

Wallahu’alam…

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.