Emosi & Insan

Emosi & insan memang dah tak boleh dipisahkan. Ada gembira, marah, sedih dan seribu satu rasa di dalam kehidupan ni. Ianya mampu menjadi raja di dalam jiwa, mempengaruhi minda dan sebagainya. Emosi itu sering kali kita kaitkan dengan hati, kan?

“Aku sakit hati ni taw!”

Kadang-kadang dada ini terasa sesak nak mampus dan sakit sedangkan ia tidak luka mahupun berdarah terutama orang yang tengah kecewa. Sakitnya mencengkam sehingga mengalir air mata, hidup menjadi gelap gelita walaupun matahari sedang terik cahaya begitulah hebatnya emosi. Ada pula yang gembira asyik tersenyum setiap masa sehingga orang melihatnya sebagai orang gila akhirnya masuk rumah bahagia.

Emosi itu berlainan dengan akal. Namun, yang pasti setiap emosi itu perlu dikendali dengan sebaiknya menggunakan akal, jika tak salurkan dengan cara yang sepatutnya maka ianya langsung tak bermakna, bahkan boleh membawa padah dan bencana! (macam bom atom! Hehe..) Sekiranya emosi yang memandu maka akal akan berada di bawah. Sekiranya emosi dapat dikawal, ia boleh membawa pulangan positif kepada insan. Macam pelaburan! Boleh menjadi pemacu kepada kejayaan serta kesungguhan dalam setiap tindakan. Allah Subhana Wa Ta’ala menasihatkan orang-orang mukmin agar tidak dikuasai oleh emosi negatif mereka yang bermaksud :

“Dan janganlah kamu merasa lemah dan janganlah kamu (pula) bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (darjatnya) jika kamu orang yang beriman.” (Surah Ali-Imran : Ayat 139)

Bahkan Rasulullah menganjurkan agar umatnya tak mudah dikuasasi oleh perasaan di mana Rasulullah Sallallahu’alaihi Wassalam pernah bersabda yang bermaksud :

“Bukanlah orang yang kuat itu orang yang menang bertumbuk, tetapi orang yang kuat ialah orang yang mampu mengawal diri daripada sifat marah.” (HR Bukhari & Muslim dari Abu Hurairah)
Emosi & Insan 1
Pada zaman yang semakin pantas arusnya ini emosi menjadi amat sukar untuk dikendalikan. Ni lah tips untuk mengendalikan emosi :
  1. Berfikiran positif,dan logik.
  2. Menenangkan fikiran daripada diganggu.
  3. Memberikan senyuman terhadap orang lain walaupun menerima sebarang respon .
  4. Membaca petikan, kata-kata, cogankata,peribahasa dan lain yang boleh memotivasikan diri.
  5. Sentiasa memaafkan orang lain.
  6. Selalu berdoa.
  7. Elakkan dari hidup yang sentiasa tertekan.
  8. Bersenam.
  9. Elakkan dari berucap dengan nada yang tinggi.
  10. Mempunyai rehat yang cukup.

Sama-samalah kita mencubanya!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.